CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Recruiter Pesan Tak Perlu Jadi Pekerja Setia, 'Lompat' Syarikat Lagi Untung Besar

3-1-2024 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30336| Komen: 14

Description: Perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy meraih perhatian netizen di laman X selepas dia berkongsi sekeping keratan artikel keluaran Forbes tentang pendapatan pekerja.
Perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy meraih perhatian netizen di laman X selepas dia berkongsi sekeping keratan artikel keluaran Forbes tentang pendapatan pekerja.

Top view of  team work join hand together, disabled woman work with her colleague at workplace


"Employees who stay in companies longer than two years get paid 50 percent less," tulis tajuk pada artikel itu.

Foto: IG

Senada dengan kenyataan berkenaan, Farid berkata pekerja yang setia terlalu lama dengan sesebuah syarikat sebenarnya rugi memandangkan kadar inflasi tahunan di Malaysia semakin meningkat.

"Kalau stay kat sesebuah syarikat tu lebih daripada dua tahun, kita akan rugi pendapatan sebanyak 50 peratus dalam masa 10 tahun kecuali kenaikan gaji tahunan konsisten 10 hingga 15 peratus minimum.

"Average kenaikan gaji tahunan hanyalah tiga peratus dan kalau perform habis power pun dapatlah increment lima peratus. Dengan kadar inflasi tahunan Malaysia sebanyak +-3.8 peratus, bayangkan increment anda hanya tiga peratus.


"Kan makin tahun makin miskin tu," ujar Farid menerusi perkongsian bebenang di laman X pada Selasa.

Menerusi pemerhatiannya, Farid berkata kebanyakan pekerja di Malaysia sememangnya setia dengan syarikat masing-masing, malah ramai yang turut mengamalkan konsep bersyukur apa adanya.

"Tapi ramai pekerja kat Malaysia ni yang setia. Dapat naik tiga peratus tu pun dah kira bersyukur daripada tak naik langsung.

"Tapi yang dia tak tahu, average 10 peratus hingga 20 peratus kenaikan gaji bagi orang tukar syarikat ni. Dan ada yang dapat 30 peratus hingga 50 peratus, ikut kelayakan dan industri," jelasnya.

Tambah Farid lagi, kemelesetan ekonomi yang berlaku hari ini turut menjadi alasan sesetengah syarikat untuk tidak memberi kenaikan gaji yang tinggi kepada pekerja.

"Tapi kenapa orang yang setia dapat kurang, tapi tak setia dapat jauh lebih banyak? Sebab dengan kemelesetan ekonomi bagi peluang kat syarikat untuk tak naikkan gaji anda tinggi sangat.

"Kalau bisnes syarikat tu banyak untung pun, bosses tetap cakap tahun ni tak banyak untung. Tak dinafikan ada je orang dapat kenaikan gaji 10 peratus setiap tahun, tapi berapa ramai je?

"Lepas tu ramai membebel cakap zaman sekarang ni susah nak dapatkan kerja. Mat, kau cuba pun belum dah cakap susah. Berapa banyak vacancies sekarang ni yang anda tak aware. Start cari kat LinkedIn ada, website syarikat tu ada, surat khabar ada," ujarnya lagi.

Akhir bicara, Farid turut menasihati orang ramai agar keluar daripada zon selesa kerana banyak sebenarnya peluang lumayan menanti buat mereka yang rajin berusaha untuk mengubah nasib diri.

"Data dah tunjukkan, jump company memang dapat tingkatkan pendapatan jadi jangan jadikan alasan lagi. Dengan teknologi sekarang ni, senang sangat nak contact or connect dengan potential employer, research pasal jawatan dan syarikat.

"Ni semua jawapan bocor kalau kita pandai study the company dan juga job scope. Ramai yang terlalu malas nak keluar dari comfort zone. Nak kaya tapi tak nak susah," ujarnya lagi.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-1-2024 05:28 PM
"butul...saiya keja 5 bulan saja...lepas sindiri meniaga...la abang"-Abangla
Quote SalenaGomez 3-1-2024 05:37 PM
Betullah tu… SG pernah lompat2 keje 2 tahun 2 tahun, gaji naik cepat. Kemudian masuk balik company lama, gaji dah beza byk banding dengan colleague yg masih duk situ x keluar2 dr situ. Siap ada yg dari mula keje dr bujang, then kawen then ada anak, punya lama duk situ tp kesian last masih pangkat senior evec je
Quote plywood 3-1-2024 05:58 PM
"Lepas tu ramai membebel cakap zaman sekarang ni susah nak dapatkan kerja. Mat, kau cuba pun belum dah cakap susah. Berapa banyak vacancies sekarang ni yang anda tak aware. Start cari kat LinkedIn ada, website syarikat tu ada, surat khabar ada," ujarnya lagi.


kalau tak dapat menganggur teruslah. klu dapat gaji lebih rendah itu lagi malapetaka. nasib orang tak semua sama.. tp klu trend memang naik, baik coba nasib. haha
Quote ninja boy 3-1-2024 08:45 PM
Muda2 boleh lompat2, sampai masa dah beli rumah berumahtangga dah berusia kerja sekitar 1 jam drive dari rumah. X semua bernasib baik dpt company yg bagus
Quote adizero11 4-1-2024 10:09 AM
Company pun bijak sekarang dia kan tengok background pemohon yg pernah lompat2 company..dieorg pun nk secure staff jugak
Quote Kitty_catz 4-1-2024 07:11 PM
adizero11 replied at 4-1-2024 10:09 AM
Company pun bijak sekarang dia kan tengok background pemohon yg pernah lompat2 company..dieorg pun n ...

mmg

meols kut yg keja 1 thn lompat2 tu mmg tak panggil itw pun
Quote Samerosie 4-1-2024 08:11 PM
Nak tahu juga how kaya dah si farid affy ni? Kenapa kat linkedin dia baru 3 tahun kerja dan kenapa dia sampai kena kerja 3,4 jobs kat linkedin dia?
Quote intan244 7-1-2024 09:50 PM
setuju. meols lompat pernah naik salary 100% few times. yearly increment 10% penah dpt company dulu. skrg dlm 4~5% la tp from total salary bukan basic je. tp meols baru tukar team bos baru kedekut bagi rating 3 je , bos sblm ni dpt 4.
Quote green~tea 7-1-2024 10:19 PM
Tak pernah lompat company lain.. sbb mcm terhutang budi dgn company ni yang bela meols berdua adik beradik sejak sekolah, masuk uni sampai le keje company ni...

Adik meols je pernah resign sbb kena jaga mak sakit tenat.. lepas mak meninggal heols masuk company mnc lepas dua tiga tahun masuk balik company ni kerja sama dengan meols & husband...

Is a good company.. sbb tu meols, husband & adik aiols stay sini
Quote hyie 8-1-2024 01:23 AM
tengok jugak la jenis kerja dan company. Sesuai untuk bidang2 macam engineering kat kilang2, company mnc gitu. Tu pun kalau chuols perform la. Bidang lain idok le dapat naik 10% gitu, ikut gaji basic 1500 jugak la nyah.
Quote tompie 8-1-2024 09:28 AM
Banyak faktor kena consider.. bukan senang2 nak lompat sana lompat sini..
Kalau takde komitmen yang banyak, still single mmg senang ahh..
kalau komitment dah banyak, susah sikit.. kang alih2 ko lompat bagai, tak confirm plak.. kan ke cari penyakit namanye tu..

At least kena lah build a good base... fikir self improvement dulu... tambah value, skill... kalau setakat 1-2 tahun apa sangat yang boleh dapat.. dan kalau aku interview candidate yang suka lompat melompat ni, lagilah banyak soalan2  aku tanye.. sebab nak tau, bagus sangat ke ko melompat2 ke ada problem kat semua tempat ko keje.. sebab tu takleh nak stay lama..  Dan most of the times you can tell mana candidate yang hobi dia melompat keje dan mana candidate yang genuinely looking for a good Company to stay..
Quote fossil 8-1-2024 09:35 AM
setuju..sekali lompat naik 30-40% . 3x lompat within 5 years...cukup lah alhamdulillah..rezeki dari Nya....nak hidup tenang2 dah,..no more lompat2...kikikiki

my son 3 tahun kerja naik 100% .alhamdulillah rezeki dia ..tu pun i cakap kerja 2 tahun nanti lompat lagi kalau ada better opportunity
Quote Decaffeinated 8-1-2024 02:02 PM
Pernah terbaca pepatah dorang tampal kat satu american company ni

"Love your job, not your company... 'cos you never know when your company will stop loving you!"

dalam ati aku, boleh eh?
Quote vespa_oren 8-1-2024 02:23 PM
aku tengok abg aku jenis lompat kerja, bila sampai satu masa ko akan stay satu tempat gak bila dah ada family, aku lak memang stay lah kerja sekarang cuma nk pindah gak 7-8tahun lgi

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060459 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top