CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Asing Suka Hati Terjah Bagi Belon Pada Budak, Kemudian Minta Duit

2-1-2024 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34791| Komen: 20

PETALING JAYA – Lambakan warga asing di negara ini menjadikan mereka semakin berani menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah berniaga secara haram sehingga ada yang menggunakan teknik memaksa pelanggan untuk membeli.


Terbaharu, menerusi perkongsian pengguna Facebook, Kamal Bacha Ibrahim, memaparkan sebahagian besar peniaga warga asing daripada Bangladesh, Indonesia dan Pakistan dilihat bebas menjalankan aktiviti perniagaan seperti menjual aneka pilihan belon berlampu serta aksesori di sebuah taman rekreasi popular di Shah Alam, Selangor.

Foto: Kosmo

Dalam video tersebut, Kamal meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap beberapa peniaga warga asing yang secara tiba-tiba terus menyerahkan jualan mereka kepada kanak-kanak tanpa membuat tawaran jual beli.

Kemudian, mereka akan terus meminta wang bayaran daripada ibu bapa mahupun penjaga seolah-olah memaksa untuk membeli barangan jualan.


“Dah pegang kenalah beli, mana boleh macam itu tak bayar,” antara alasan para peniaga warga asing di sana.

Bagaimanapun, untuk mengajar tindakan peniaga biadab seperti itu, Kamal dilihat segera berterima kasih kepada warga asing berkenaan, dan terus beredar tanpa membuat sebarang bayar.

“Cakap ‘thank you uncle’ (terima kasih pak cik),” katanya sambil meminta anaknya berterima kasih kepada peniaga terbabit.

“Warga asing buat hal, perangai warga asing berniaga. Dia bagi mainan (set belon berlampu) terus kepada tangan kanak-kanak.

“Dia bagi, kita ambil sahaja terus. Baru dia ada akal. Kali ini kita ‘scam’ mereka pula, sengaja ambil terus tak nak bayar, bagi dia ada akal sedikit,” tulisnya dalam kapsyen video itu.

Selang beberapa minit, Kamal dilihat meminta anaknya memulangkan semula belon tersebut kepada peniaga asing terbabit dan dia juga sempat menegur supaya tidak berniaga dengan cara berkenaan.

“Jawab dengan saya kenapa kamu berniaga macam ini? Sini dahulu, kamu kalau berniaga lain kali jangan buat macam ini,” tegurnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi dan rata-ratanya mempersoalkan tindakan pihak berkuasa di kawasan tersebut sehingga semakin ramai peniaga asing berniaga secara sesuka hati.


“Di kawasan itu tiada penguatkuasa yang selalu buat pantauan ke? Kalau kawasan Bukit Bintang selalulah nampak pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) kacau dan halau peniaga asing ini,” kata Aliah.

“Majlis daerah mintak beri perhatian..semudah itu berniaga, mengambil kesempatan dalam kesulitan. Apa memang boleh warga asing berniaga? kalau warga Malaysia asyik disaman,” ujar Norasli Mon.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-1-2024 08:03 PM
Betapa BODOHnya pihak2/individu yg membiarkan perkara spt ini berlaku.
Quote otai_g 2-1-2024 08:14 PM
Aku pnh kena. Anjir punya peniaga. Dia da bg kat bdk, bdk da dpt ko ingt reti nak pulang?

Aku ttp salahkan kerajaan dlm mengawal warga asing ni. Cuba ko pg UK pastu jual belon tgk apa jd? Kat msia ni semua blh. Reset malaysia.
Quote naina 2-1-2024 08:23 PM
Kat Klang rasanya dorang dah berani berniaga makanan tepi jalan ceduk2 masuk gulung kertas untuk dimakan sambil berdiri sebji macam India sana. Tolonglaaaaa. Kerajaan memang lemah. Rasuah kuat.
Quote ezacbee 2-1-2024 08:35 PM
Salah pbt lemah. Klo angkut dorang semua penuh 1 trak. Sini Malaysia saiya punya tau.



Quote MissYouSayang 2-1-2024 09:37 PM
Madanon dah herlokkk katenyehhh walanon tersial
Quote miss_white 2-1-2024 10:42 PM
Si sial jawa indon senyap je xberbunyi
Mmg sial lah ko bwk masuk bangla ramai2

Quote TOPwind 2-1-2024 10:48 PM
Kerajaan ManDapig. memang hebat
Quote Kuin-Kepam 2-1-2024 11:19 PM
MissYouSayang replied at 2-1-2024 09:37 PM
Madanon dah herlokkk katenyehhh walanon tersial

bangang...sejak zaman PoeN atok saka fosil ijau lebai kaki pitenah lagik
Quote Zazama 2-1-2024 11:45 PM
Malaysia, land yg di dambakan sbb sini semua boley.
Quote honeybee1802 2-1-2024 11:52 PM
otai_g replied at 2-1-2024 08:14 PM
Aku pnh kena. Anjir punya peniaga. Dia da bg kat bdk, bdk da dpt ko ingt reti nak pulang?

Aku ttp s ...

Kt brunei pun ketat rsnya...sbb pernah ngk vlog mat salleh ni..dia main gitar kot tepi jln..polis angkut bawak gi hotel...check out....then terus hantar sempadan...
Quote sangbara2020 3-1-2024 09:56 AM
rengsa tul duk msia..nk pindah obersee xde duit..kuikui
Quote Radzor 3-1-2024 10:08 AM
Screenshot_20240103_100738_PDF Extra.jpg
Quote ninja boy 3-1-2024 10:36 AM
Bawa sini 3 kapal utk kerja 3d, lari dari majikan ambil lagi 5 kapal, lari lagi ambil 10 kapal, lagi lagi ambil berkapal2, 1-5 batch sudah nikah sesama bangla indon vetnam sekarang sudah menjadi atuk dan nenek membiak 1 kampung 200 org 5 kampung 1000 org
Quote mh17 3-1-2024 01:37 PM
Kah,1st time dtg i city ke?atau bru brani nk menyalak?da bthun2 mcm tu.tang btina bg kau tak maki?dasar jantan
Quote mh17 3-1-2024 01:39 PM
Kah,1st time dtg i city ke?atau bru brani nk menyalak?da bthun2 mcm tu.tang btina bg kau tak maki?dasar jantan
Quote missbigrockstar 3-1-2024 02:16 PM
sangbara2020 replied at 3-1-2024 09:56 AM
rengsa tul duk msia..nk pindah obersee xde duit..kuikui

Samalah aku pun kalau duit tak luak, dah lama aku migrate negara pilihan yang best.
Quote gideoncross 5-1-2024 01:58 PM
MissYouSayang replied at 2-1-2024 09:37 PM
Madanon dah herlokkk katenyehhh walanon tersial

Trhibur iol bca komen uol ni
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:07 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:07 PM

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.102943 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top