CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami, Isteri Ditemukan Mati Dalam Kondo Di Seremban

3-1-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10850| Komen: 5

Description: SEREMBAN – Pasangan suami isteri ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Keliling, di sini, tengah hari tadi.
SEREMBAN – Pasangan suami isteri ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Keliling, di sini, tengah hari tadi.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat berhubung kematian lelaki warga asing serta wanita berusia 34 dan 31 tahun kira-kira pukul 12.49 tengah hari.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati mangsa lelaki merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa manakala isterinya doktor di klinik pergigian.

Pasangan suami isteri tersebut bekerja di Port Dickson.

“Siasatan di lokasi dan pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-1-2024 08:57 AM
Wah. Baru ja tengok kes suicide murder orang kaya kerja profesional di US sana. Baca berita ni seakan beri deya vu.
Quote dua_chzy 3-1-2024 09:01 AM
Kes ni;

[youtube]v2FPwxDcZAo?si=icufVNY6HdhCmin-[/youtube]
Quote supernaturalee 3-1-2024 10:17 AM
keracunan gas?
makanan?
sianida?


Quote syamzana 3-1-2024 10:22 AM
takkan membunuh diri plak??
kerja herlokk lakibini, anak takdak ke?
Quote monreyes 3-1-2024 10:27 AM
siapa pulak wanita kedua tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052763 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top