CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 11 Tahun Khidmat, Upah Guru Kafa Baru Cecah RM1,100 Sebulan

2-1-2024 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31148| Komen: 3

PETALING JAYA – Seorang guru Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA) meluahkan rasa sedih apabila perkhidmatannya sebagai pendidik selama 11 tahun hanya menerima kenaikan ‘upah’ sebanyak RM300 sahaja.

Katanya, dengan menerima bayaran ‘upah’ RM1,100 sebulan masih belum mampu menampung perbelanjaan dia dan keluarga memandangkan kos sara hidup ketika ini masih lagi tinggi.

Foto: BH

Luahan guru yang menggunakan akaun Facebook, Nurul Hidayah Nhzr itu dikongsikan di ruangan komen hantaran seorang guru, Mohd. Fadli Salleh baru-baru ini.A

“Guru agama (KAFA)dalam masa 11 tahun kerja dari RM800 gaji sekarang EM1,100…11 tahun kerja gaji cuma naik RM300?,” soalnya.

Kata wanita itu, selain kadar bayaran yang masih rendah, kerjaya sebagai guru KAFA juga tidak menerima bayaran elaun bagi cuti bersalin.

“Bukan tidak bersyukur, tapi itulah zaman sekarang guru agama la gaji paling sikit..nak naik smpai RM1,100 itu pun macam-macam hal, belum lagi kalau cuti bersalin tak ada elaun langsung. Begitulah nasib guru agama,” luahnya.


Dalam pada itu, beberapa pengguna lain tampil memberi pandangan mereka masing-masing di ruangan komen.

“Guru KAFA patut dapat kelayakan gaji minimum RM1,500 dan perlu ada kenaikan tahun yang tetap serta dibayar gaji waktu bersalin, tugas mereka pun berat,” cadang Zaujah Zakaria.

“Patut dikaji semula pembayaran upah guru KAFA, saya lihat sangat rendah dan tak berbaloi dengan tenaga mereka sebagai pendidik. Anak-anak saya jadi manusia Islam yang baik atas bantuan guru KAFA juga. Sekurangya beri mereka gaji RM2,000 dengan tambahan elaun tertentu, dapat juga selari dengan kos hidup ketika ini,” kata Nurul Ain.

Terdahulu, menerusi Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun mengajar guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Peruntukan tersebut melibatkan kira-kira 35,000 guru KAFA yang berdaftar di seluruh negara.

Menerusi pembentangan Belajawan 2024 pula, kerajaan sekali lagi bersetuju memberi sumbangan khas RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti.


Bagaimanapun, di Selangor, guru KAFA telah dibayar elaun sebanyak RM1,500 sebulan berkuat kuasa Januari tahun lepas.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:07 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:07 PM

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.029204 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top