CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Nakal Tipu Wang Tukang Mozek Sampai RM29,000

2-1-2024 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31420| Komen: 10

Description: KUANTAN – Seorang tukang mozek mengalami kerugian kira-kira RM29,000 selepas terpedaya dengan seorang janda melalui satu sindiket jual beli barang online.
KUANTAN – Seorang tukang mozek mengalami kerugian kira-kira RM29,000 selepas terpedaya dengan seorang janda melalui satu sindiket jual beli barang online.

Foong Mun Fei, 42 berkata, dia mengenali janda terbabit pada 5 Disember lalu melalui satu aplikasi media sosial Facebook sebelum melanjutkan perbualan mereka di dalam aplikasi WhatsApp.


Katanya, janda yang dikenali sebagai Xue itu pada awalnya ingin berkenalan dengan Foong untuk mencari teman hidup selepas bercerai dengan suaminya.


Foto: Kosmo

Bagaimanapun, seminggu selepas perkenalan mereka, menerusi WhatsApp, Xue telah menunjukkan kepada Foong satu tangkap layar aplikasi tersebut memberitahu dia telah memasukkan wang sebanyak RM30,000 di dalam aplikasi itu.

“Xue telah meyakinkan saya jika saya membeli barang berupa jam tangan dan barang kemas, saya akan memperolehi keuntungan daripada barangan yang saya beli.


“Pada mulanya saya memasukkan wang sebanyak RM1,000 dan dari situ saya telah ditunjukkan di dalam aplikasi itu saya telah memperoleh keuntungan RM250.

“Kemudian saya telah memasukkan wang sebanyak RM25,000 dan kali ketiga sebanyak RM3,000 namun saya gagal mendapatkan kembali kesemua wang saya dan keuntungan yang dinyatakan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-1-2024 05:17 PM
Betul ke janda? Ke jantan apek?


Quote Thunderclouds 2-1-2024 05:29 PM
EMOTIONAL DAMAGE

-steven he
Quote _blackbird 2-1-2024 05:53 PM
ntah la nokk.. malas nak komen
Quote gigahertz 2-1-2024 07:21 PM
biasanya yang keje tukang mozek ni duit banyak.
tapi takde amoi / awex yang nak sebab
rupa paras & pekerjaan tak menarik.
bila ada "perempuan" yang claim minat kat dia.
mmg terus on walaupun x pernah jumpa depan2.
Quote Belibis 2-1-2024 10:21 PM
Gatal sangat nak cari janda..ko rembat mana2 gro..takdela sampai puluh ribu.
Quote grouper 2-1-2024 10:50 PM
Walanon ke ni?
Quote Perwira2022 3-1-2024 08:05 AM
Bukan walanon dah biasa kena kencing ke, so kenapa kali ni nak merengek pula?
Quote bakingsoda 3-1-2024 08:15 AM
gigahertz replied at 2-1-2024 07:21 PM
biasanya yang keje tukang mozek ni duit banyak.
tapi takde amoi / awex yang nak sebab
rupa paras &  ...

teringat pulak tukang mozek yg pernah buat keje kat rumah bapak aku, muka mcm fadlan hazim weyy
Quote ultra78 3-1-2024 08:16 AM
Malas ambil peduli. Muka tak herlok

Quote gigahertz 3-1-2024 01:21 PM
bakingsoda replied at 3-1-2024 12:15 AM
teringat pulak tukang mozek yg pernah buat keje kat rumah bapak aku, muka mcm fadlan hazim weyy
{: ...

kalau kulit putih tinggi ada jambang
ada rupa international ada la chance
tapi kalau pendek gemuk kulit coklat
nak quote harga job pun selalu gagal total.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056172 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top