CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Cikgu Meninggal Dunia Lebih Seminggu Ditemui Dalam Rumah Sewa

2-1-2024 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34855| Komen: 57

Description: KUALA TERENGGANU – Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia di dalam rumah sewanya di Pengadang Baru di sini semalam.
KUALA TERENGGANU – Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia di dalam rumah sewanya di Pengadang Baru di sini semalam.

Mayat guru sebuah sekolah menengah di bandar raya ini yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih 10 hari lalu tersebut ditemui tuan rumah sewanya pada pukul 5.40 petang.


Mohd. Asyraf Bakri, 30, berkata, dia bersama ibunya telah berkunjung ke rumah sewa tersebut semalam setelah wanita tersebut gagal dihubungi sejak 21 Disember lalu.


Foto: Kosmo

“Niat kami untuk meminta duit sewa bulanan selain risau dia yang telah menyewa sejak 13 tahun lalu gagal dihubungi.

“Sebaik tiba, kami tidak sedap hati setelah tercium bau busuk dari dalam rumah sebelum memohon bantuan polis untuk membuka rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pengadang Baharu di sini hari ini.

Mohd. Asyraf berkata, sebaik pintu dibuka, terkejut mereka apabila mendapati mayat guru wanita tersebut ditemui terbaring di tepi dinding rumah.



“Arwah yang masih bujang sudah menyewa sejak 13 tahun lalu memang kurang bergaul dan kebanyakan pergerakannya menggunakan perkhidmatan kereta sewa (e-hailing),” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi memberitahu siasatan awal percaya kematian wanita itu tidak mempunyai unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-1-2024 05:10 PM
salam takziah.

maaf nak tanya, rumah dia sewa ke tu... nape mcm terlalu bsepah eh.. duk sorang je pun.. nak taip pun rasa serba salah tp dah mata nmpk gmbr gitu nk jugak tanya walaupun takde sape blh jawab dlm ni melainkan korang yg kenal dia/ada gmbr2 lain
Quote lilacomot 2-1-2024 05:16 PM
cikgu ni ade sakit mental ke....umh bersepah gile..ke dh tua xlarat nk kemas...cket lg dh nk pencen...salam takziah
Quote bebulu 2-1-2024 05:27 PM
Kalau dah 10 hari cikgu ni tak hadir ke sekolah, takkan pihak sekolah tak cuba hubungi atau cari dekat rumah? Kesiannya. Salam takziah.  
Quote kepompong 2-1-2024 05:30 PM
bebulu replied at 2-1-2024 05:27 PM
Kalau dah 10 hari cikgu ni tak hadir ke sekolah, takkan pihak sekolah tak cuba hubungi atau cari dek ...

sekolah tgh cuti
Quote jas7512 2-1-2024 05:31 PM
Takziah...inna lillah wa inna ilaihi rojiuun....i pun duk srg tapi rumah sendiri...ada kunci i bg jiran dan kwn..kabo kat mrk klu i senyap je sila tgkkan rumah i...ngeri klu mati mengejut..hrp2 sempat blk kg b4 mati
Quote Thunderclouds 2-1-2024 05:31 PM
Hoader ke cekgu ni?
Take note cekgu² lewat kawen dlm ni.
Salam takziah.
Quote syamzana 2-1-2024 05:36 PM
takziah...so cikgu ni mmg takdak kereta rumah la ye?
jrg betul org trg baya2 camni, cikgu plak tu guna ehailing sbb skrg je mudah grab semua ni kalau 5thn yg lepas mmg hampeh kat trg benda2 camni.
payah jugak krg bergaul ni, kebetulan cuti sek mmg org tak cari la.
Quote Noraniza_Iblis 2-1-2024 05:44 PM
tu laa penting nye.. berbaik2 / bertegur sapa dgn jiran...
nak2 kalau dok sorang...
salam takziah. Alfatihah...
Quote sufi^_^ 2-1-2024 05:49 PM
Cikgu dah nak pencen, duduk sorang, mungkin heart attack kot, tapi mengapa keadaan rumah azab sangat?
Hari2 kat rumah buat apa sampai tak sempat mengemas?
Or ada masalah mental?
Quote bebulu 2-1-2024 05:52 PM
kepompong replied at 2-1-2024 05:30 PM
sekolah tgh cuti

Ya ampunnn. Betul la juga sekolah tengah cuti waktu tu.
Quote Ayda89 2-1-2024 05:59 PM
Kesiannya… 10hari meninggal dunia baru orang dapat tau…
Quote sambaldurian 2-1-2024 06:44 PM
Sbb profesion guru, pelik je rumah gini. Xkn dh ada hoarder2. Aku pun rumah bersepah jgk , tp yg xnk mmg dibakul sampah kan sahaja. Pastu buang.Baju je payah nk lipat2, sbb tu bersepah, nk buang xde pulak baju nk pki nnti.
Quote anony-mous 2-1-2024 06:46 PM
chinta89 replied at 2-1-2024 05:10 PM
salam takziah.

maaf nak tanya, rumah dia sewa ke tu... nape mcm terlalu bsepah eh.. duk sorang je p ...

Ada sakit mental @ hoarder kot
Quote Samerosie 2-1-2024 07:31 PM
Tertarik dgn keadaan rumah mcm rumah hoarder dan rupa anak tuan rumah yg baru 30 tahun itu.
Quote noor2 2-1-2024 08:11 PM
Berhantula rumah tu...tuan rumah kena sewa murah2 lepas ni.. atau jual...
Quote Belibis 2-1-2024 08:31 PM
Bujang..dah dekat pencen..takde rumah..mesti duit berkepok.
Quote acikhan 2-1-2024 08:46 PM
alfatihah utk arwah... ari ahad lepas jiran deret umah haku meninggal sorg2 jugak katanyer sakit jantung... dlm 1 stgh hari mayat nyer dlm bilik n kebetulan kwn serumah balik kg... haku jenguk arwah dlm bilik da biru2 badan nyer n berbadan besar... sedih pulak terkenang meninggal sorg2
Quote ciksom 2-1-2024 08:48 PM
Bersepahnya rumah.
Quote Mary_jane 2-1-2024 08:49 PM
Salam takziah.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.104054 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top