CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duda Dicekup Khalwat Dengan Janda, Beri Alasan Hantar Makanan Je

1-1-2024 12:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 36224| Komen: 10

Kulim: Pasangan duda anak satu dan janda anak lima dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam operasi pencegahan jenayah syariah sempena sambutan tahun baharu di sebuah motel di sini, awal pagi ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 1.15 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disyaki anak duda terbabit turut ditemui di dalam bilik motel tersebut.

Wanita ditahan berkhalwat dengan seorang duda di sebuah motel di Kulim, awal pagi tadi.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) mengetuk pintu bilik motel dan memberi salam sebelum seorang lelaki membuka pintu dan membenarkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga individu di dalam bilik tersebut iaitu lelaki berusia 40 tahun bersama anaknya berusia enam tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun.


“Lelaki terbabit yang bekerja di sebuah kedai makan memberi alasan hanya datang menghantar makanan kepada wanita berkenaan.

“Walau bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati wanita yang tidak bekerja itu sudah seminggu tinggal di bilik motel itu yang dibayar lelaki tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Anwar Sharifudin, lelaki berasal dari Serdang, Bandar Baharu dekat sini dan wanita dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang mendakwa berkenalan di kedai makan iaitu tempat lelaki itu bekerja.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen menyatakan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 1-1-2024 12:33 PM
aik.. asal penang takkan tak tau penang the sin city malaysia. adoi lah... ada je hostel kat penang RM30-70 per night utk long stay. demi pussy apalah sgt 1 hour journey tu. ahhgittewwww
Quote nikaido 1-1-2024 02:48 PM
Adoi. Byk2 hari dlm setahun, minggu tahun baru juga yg dipilih
Quote otai_g 1-1-2024 02:52 PM
Masing2 saling kehausan. Ini namanya simbiosis. Tlng menolong amalan mulia.
Quote Thunderclouds 1-1-2024 05:44 PM
Lack of seggs doesn't kill u, tp duda janda pn tingin nk fulfill their basic need of seggss
Quote Belibis 1-1-2024 10:22 PM
nikaido: Adoi. Byk2 hari dlm setahun, m ...

Dah seminggu duk situ..malangnya  kena serbu hanya malam tahun baru.
Quote missyL 1-1-2024 10:32 PM
Knp lah bawak ank pg buat dosa
Tgok lah bawak ank pn kene cekup gak
Quote sayurmayur88 3-1-2024 01:40 PM
antara mereka yg tertangkap....huhuhuhu
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:10 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 01:11 PM

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.124440 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top