CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Maut Berlumba Pada Malam Tahun Baharu

1-1-2024 12:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 37755| Komen: 69

Description: Melaka: Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal yang dia tunggang bergesel dengan motosikal rakannya ketika berlumba di Jalan Tun Abdul Razak, di sini, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira ...
Melaka: Seorang pelajar tingkatan enam maut selepas motosikal yang dia tunggang bergesel dengan motosikal rakannya ketika berlumba di Jalan Tun Abdul Razak, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Chiristopher Patit berkata, polis menerima maklumat kemalangan kira-kira pukul 4.40 pagi di kaunter Aduan Trafik Melaka Tengah.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR datang dari arah jejambat Kota Cemerlang menuju ke arah Lampu Isyarat Taman Muzaffar Shah.

“Mangsa tiba-tiba menukar ke lorong kanan untuk memintas motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang rakannya yang juga pelajar sekolah lain berusia 17 tahun sebelum kedua-duanya bergesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, akibat kemalangan itu, mangsa telah tercampak ke atas jalan raya, manakala rakannya sempat mengawal motosikal dan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kita telah merakam percakapan rakannya bagi membantu siasatan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 1-1-2024 12:38 PM
Bila meminta, maka mendapat.
Quote adm7 1-1-2024 12:40 PM
Rempit² bingai lain mmg takkan insaf.
Quote Ahriman 1-1-2024 12:53 PM
Alhamdulillah mati di jalan yang lurus.
Quote AbukRokok 1-1-2024 01:18 PM
tolong blurkan kain penutup tu...jaga aib arwah
Quote shernazz 1-1-2024 01:20 PM
Takpe...kawan2 pung insoff kejap je tu .
Minggu depan lumba balik
Quote menjad 1-1-2024 01:23 PM
Dah form6 pun tak reti nak pikir baik burok. Mendapatlah
Quote pengecatbintang 1-1-2024 01:25 PM
biarlah mati merempit

walaupun dalam Islam melakukan perbuatan yg memudaratkan diri tu tak bole..

daripada mati kena lenyek puhlis akibat preng2..

tak per lah enabler ramai

Quote TomyamPuteh 1-1-2024 01:27 PM
Anak saya bkn mat rempit. Dia lumba haram ja.
Quote syamzana 1-1-2024 01:36 PM
kurang sorang langau jln raya
Quote ultra78 1-1-2024 01:48 PM
definisi mati katak
Quote Nurul8001 1-1-2024 01:51 PM
adm7 replied at 1-1-2024 12:40 PM
Rempit² bingai lain mmg takkan insaf.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa
Telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan…
Quote Sazreena 1-1-2024 02:55 PM
19 tahun meninggal lebih baik drpd hidup lama tapi mengutip dosa..rempit ni jarang nak insaf...bila org maki sumpah seranah tau marah.
Quote hayrin86 1-1-2024 04:34 PM
Bunuh diri kan..
Quote Buritan 1-1-2024 04:42 PM
adm7: Rempit² bingai lain mmg takka ...


Aku tanye anak murid aku.. serik jatuh rasa sakit tuu seminggu je.. pas tuu ok.. y15 ni power kot.. bebudak suke ekk.. rege pun mahaii
Quote Buritan 1-1-2024 04:44 PM
hayrin86 replied at 1-1-2024 04:34 PM
Bunuh diri kan..

Cmn nak bg bebudak ni insaf ekk.. mcm takde jln penyelesaian..
Quote Buritan 1-1-2024 04:46 PM
TomyamPuteh replied at 1-1-2024 01:27 PM
Anak saya bkn mat rempit. Dia lumba haram ja.

Mcm tuu laa standard ayat yg kuar.. satu lg rajin cuci jmbn sojid..
Quote Buritan 1-1-2024 04:46 PM
pengecatbintang replied at 1-1-2024 01:25 PM
biarlah mati merempit

walaupun dalam Islam melakukan perbuatan yg memudaratkan diri tu tak bole..

Ape cite budak dan polis tuu . Sonyapp jee..
Quote isseliparjepun 1-1-2024 05:10 PM
Entah la susah nak cakap. Dekat kawasan perumahan I ni, anak cikgu pun merempit.
Quote ultra78 1-1-2024 05:17 PM
Mak bapak sayangkan anak belikan ysuku. Anak pakai motor untuk berlumba. Jangan ikutkan sangat kehendak anak.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.437653 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top