CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid 12 Tahun Antara Dicekup Dalam Operasi Lumba Haram

1-1-2024 05:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26998| Komen: 2

Description: Alor Setar: Seorang murid berusia 12 tahun merupakan antara 478 individu yang ditahan polis dalam operasi lumba haram sempena sambutan tahun baharu, awal pagi ini.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asiste ...
Alor Setar: Seorang murid berusia 12 tahun merupakan antara 478 individu yang ditahan polis dalam operasi lumba haram sempena sambutan tahun baharu, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 60 pegawai dan anggota terlibat dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di persimpangan lampu isyarat Kepala Batas kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.



Katanya, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Setar terlebih dahulu melakukan tinjauan dan intipan sejak pukul 1 pagi.

“Tinjauan dijalankan mendapati terdapat pergerakan sekumpulan besar penunggang dan pembonceng motosikal memasuki bandar raya ini dan aktif melakukan aksi-aksi berbahaya selain menjadikan kawasan tertentu sebagai tempat perlumbaan.

“Susulan itu, pasukan operasi menyusun atur strategi di beberapa lokasi sekitar persimpangan Lampu Isyarat Kepala Batas dan melakukan kepungan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Katanya, sebahagian daripada mereka yang terkejut dengan kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun tindakan itu sia-sia apabila kesemua laluan keluar dikepung dan ditutup sepenuhnya.

“Hasilnya, sebanyak 430 motosikal bersama 478 individu ditahan untuk pemeriksaan manakala 70 motosikal disita.

“Pihak kami kemudiannya mengeluarkan sebanyak 340 saman atas pelbagai kesalahan dilakukan antaranya tiada lesen memandu serta pengubahsuaian kenderaan,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 1-1-2024 11:18 PM
Boleh ke parents tak perasan anak umur baya tu tengah malam tak de dlm rumah?
Quote tumpanglalu74 1-1-2024 11:33 PM
Ekzos dan cabut belom?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044216 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top