CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh, Tanam Belakang Rumah

24-12-2023 11:45 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10366| Komen: 39

Gombak: Perselisihan faham antara dua beradik menemui pengakhiran yang tragis apabila seorang daripada mereka mati dipercayai dibunuh di Sungai Choh, Rawang, semalam.

Difahamkan berlaku pergelutan antara mereka sehingga menyebabkan kematian mangsa.


PASUKAN polis tiba di lokasi kejadian di Sungai Choh, malam tadi. FOTO ihsan pembaca

Mayat mangsa dikatakan ditanam di belakang rumah mereka bagi menyembunyikan kejadian itu daripada pihak berkuasa.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan akan memberi maklumat lanjut dalam masa terdekat.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 24-12-2023 11:55 AM
Senangg mcm aku.. tak pyh amik tahu dahh.. ko mampus ke hidup ke ko punya psl..
Quote sambaldurian 24-12-2023 01:39 PM
So mcm mana tau ada mayat tu, jiran yg gali balik, or ada report mangsa hilang ke. ringkas sgt beritanya.
Quote B40tastePosh 24-12-2023 01:58 PM
Need more information to be fed to me. Could someone spill the tea? I would be over the moon for the sharing.
Quote Decaffeinated 24-12-2023 02:09 PM
...seorang daripada mereka mati dipercayai dibunuh...

Difahamkan berlaku pergelutan antara mereka...

Mayat mangsa dikatakan ditanam di belakang rumah...


ayat2 wartawan pun macam kimak cuma satu ayat ja missing "orang ramai disaran jangan buat spekulasi yada yada "
Quote 3chanceno 24-12-2023 02:15 PM
Stendet berita ditulis oleh reporter caprut  
Quote monreyes 24-12-2023 02:50 PM
Edited by monreyes at 24-12-2023 02:58 PM
Buritan replied at 24-12-2023 11:55 AM
Senangg mcm aku.. tak pyh amik tahu dahh.. ko mampus ke hidup ke ko punya psl..

btol sis...in my case, mak masih di kampung...
ntah apa pakatan kakak2 aku yg hangsuang tu, sorang balek duduk kampung...rimas rasa bila balek ..nak duduk lama pun x selesa dah...
masa my eldest sorang jaga ok lagi..tapi dia pun seropa lalang sejak yg sorang tu balek...
pakatan memindahkan kakak parasit ni di dalangi oleh sorang lagi kakak...
skali meninggal pulak kakak tu masa buat umrah...
aku seriously x sampai rasa sedih tu lepas apa dia buat kat aku 10 thn lps...
dia yg putuskan silaturrahim dgn aku..puncanya duit la...
sampai akhir hayat x bertegur....









Quote B40tastePosh 24-12-2023 03:17 PM
3chanceno replied at 24-12-2023 02:15 PM
Stendet berita ditulis oleh reporter caprut

Wartawan pemalas...
Quote JamilBinAbu 24-12-2023 04:02 PM
sambaldurian replied at 24-12-2023 01:39 PM
So mcm mana tau ada mayat tu, jiran yg gali balik, or ada report mangsa hilang ke. ringkas sgt berit ...

Dlm berita buletin tv3 katanya seorang lagi ahli keluarga yg menghubungi polis
Quote hayrin86 24-12-2023 04:14 PM
Buritan replied at 24-12-2023 11:55 AM
Senangg mcm aku.. tak pyh amik tahu dahh.. ko mampus ke hidup ke ko punya psl..

Kan.. Kaum apa pun, tetap tiada bezanya. Tak perlu libatkan isu kaum dalam apa jua perihal.

Quote noor2 24-12-2023 04:37 PM
Bangsa apa kah? Sampai berbunuh..
Quote me12345 24-12-2023 05:22 PM
Dlm gambar nampak cam ada tmpt berhala..non muslim kot
Quote edayildiz 24-12-2023 06:15 PM
kaum apa ni..
berita xhbs. j.
jgn la gaduh adik brdik nnti hidup xberkat..
xdpt rahmat dr Allah.
i kan gaduh jgk tp kita automatic baik helok bila parents dtg melawat kitorg..
i plg rapat ngan mami..my step mok ..she jd tmpt i mengadu tiap kali terasa..
adik i yg perempuan tu jenis egois ek..tp dia baik..dia mmg xkn layan sgt kalau i mitk tlg..i pulak jnis manja sikit..
kakak i pun sama..tp dia lg berhati perut dr adik kembar i..
adik laki bongsu lak dorg rapat bertiga sbb dorg suka travel dan akan plan utk travel..i just follow ier..pastu yg abg kakak yg atas lain x amek hal sgt..
i selalu terpinggir sikit..
i mcm baby sikit dlm family wpn i kakak yg mempunyai dua adik
tp apa pun jgn la membenci adik brdik tau..
bye
Quote likilu 24-12-2023 06:15 PM
Ali susun sihat ke
Quote midori888 24-12-2023 06:34 PM
noor2 replied at 24-12-2023 04:37 PM
Bangsa apa kah? Sampai berbunuh..

Adakah India?
Quote Suchi 24-12-2023 06:50 PM
Bkn adik badik kan? Tp teman lelaki adik dia kan eh ke iols salah berita
Quote JamilBinAbu 24-12-2023 06:54 PM
Edited by JamilBinAbu at 24-12-2023 06:56 PM

Kes bunuh, tanam belakang rumah: 3 ditahan, 4 diburu
Gombak: Tiga sekeluarga ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan ditanam di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga suspek yang membabitkan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun itu ditahan di kediaman mereka di kampung terbabit selepas polis menerima laporan kejadian kira-kira 11.25 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara mangsa dengan teman wanitanya yang juga adik perempuan kepada suspek.

"Mangsa datang (ke lokasi kejadian) bersama empat individu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa dipukul menggunakan kayu, botol kaca dan tong besi sehingga mati.

"Selain daripada tiga suspek yang ditahan, polis masih mengesan empat suspek (individu membawa mangsa ke lokasi kejadian) yang masih bebas iaitu dua lelaki dan dua wanita," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Terdahulu maklumat awal diterima Harian Metro melaporkan kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara dua beradik, bagaimanapun polis mengesahkan ia berpunca akibat salah faham pasangan kekasih yang berakhir dengan kematian seorang daripada mereka.

Mayat mangsa ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum wanita berusia 27 tahun yang juga isteri kepada seorang daripada suspek membuat laporan polis pada 11.25 malam tadi.

Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, berdasarkan laporan, pada 5 petang, pengadu terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta tolong untuk menanam satu mayat.

"Siasatan awal polis menjumpai mayat lelaki tanpa pengenalan diri yang dipercayai warga tempatan ditanam dalam satu kawasan belukar," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Quote monreyes 24-12-2023 07:01 PM
edayildiz replied at 24-12-2023 06:15 PM
kaum apa ni..
berita xhbs. j.
jgn la gaduh adik brdik nnti hidup xberkat..

jeles tengok org lain berbaik2 sebenarnya..
aritu my other sis warning dia kata kalau nak ws my eldest sis hati2..ramai yg membaca...lalang katanya...to that extend...

Quote noor2 24-12-2023 07:06 PM
midori888 replied at 24-12-2023 06:34 PM
Adakah India?

Tak tahu...x dapat detect lagi bangsa apa berdasarkan info bacaan..
Quote edayildiz 24-12-2023 07:14 PM
monreyes replied at 24-12-2023 07:01 PM
jeles tengok org lain berbaik2 sebenarnya..
aritu my other sis warning dia kata kalau nak ws my el ...

parents ada lg ke sis?
ayah i jnis grg..dia selalu remind sister i yg lain jgn abaikn i mcm gituh if anything hppn to him sbb i jenis perangai yg disukai sgt kot dikalangan adk brdk..mebi i annoying..
my brotha selalu ckp..dlm pisang setandan mesti ada yg x ok sikit..tp i ok jer..kalau semua ank baik jer .xde warna warni pulak kan..
i hrp u berbaik ngan sibling ok..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.081192 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top