Seorang ejen hartanah tampil menceritakan kisah hubungan adik-beradik yang retak disebabkan sikap ipar yang disifatkan sebagaik toksik. Menerusi TikTok, @meluryasmine1 berkata, dia diminta seorang pemilik rumah untuk membantunya menjual sebuah rumah.
"Aku pun tanya dekat owner, kenapa nak jual? Nampak macam lama tinggal rumah ni. Owner cakap ada masalah keluarga. "Aku tertanya, apa sebenarnya jadi dengan keluarga dia? Rupanya.... Owner beritahu, dulu dia beli rumah dekat sini sebab nak duduk dekat dengan adik-beradik. "Sebab abang dia duduk kawasan sini jugak. Mula-mula okay, happy anak-anak dia main dengan sepupu mereka. Dulu ruang tamu ni la budak-budak main. Main kejar-kejar. Masak-masak. "Owner cakap, wife dia suri rumah. Owner selalu keluar outstation dalam dan luar negara. Jadi apabila duduk dekat dengan famili, dia tak risau sangat tinggal wife dan anak-anak," kongsinya.
Namun tanpa disangka, isteri kepada abang kandungnya sendiri rupa-rupanya iri hati dalam diam dan menjadikan isterinya sebagai sasaran. "Ada je tak puas hati dengan wife dia. Sampai owner dengan si isteri perasan yang abang dan kakak ipar ni dah perangai lain. "Isteri owner tak nak keruhkan keadaan, sampai buang semua follower dalam media sosial sebab si kakak ipar tu asyik cari pasal je. Letak gambar anak-anak main playground pun jadi isu. "Apabila jumpa dekat rumah mentua, kakak ipar dia selalu cakap sinis 'untunglah kau, duduk rumah goyang kaki je, asyik habiskan duit laki kau je'. "Mula-mula owner tak tahu pun kisah ni. Sampailah apabila cuti panjang daripada outstation, dia sendiri nampak perubahan abang dan kakak ipar dia pasal isteri dia," kongsinya lagi. Tambah ejen tersebut, pemilik rumah berkenaan juga menyedari situasi berkenaan membuatkan isterinya berubah daripada seorang yang ceria menjadi sedikit pendiam. "Isteri owner pun selalu ajak pindah. Apabila dah tahu kisah macam ni, hati dia pun tak senang sebab selalu nak outstation. Jadi mereka decide nak pindah dari sini. "Sekarang owner ni dah bekerja tetap di Switzerland. Jadi owner bawa terus anak-anak dan isteri pindah sana. Walaupun sayang dekat rumah ni. Tapi mental dan hati isteri kena jaga. "Walaupun kakak ipar masih lagi sinis dengan mereka suami isteri. Tapi sekurang-kurangnya jauh daripada pandangan. Owner ada cakap, dia sedih juga. Sebab benda remeh, tapi hubungan adik-beradik terus renggang," kongsinya lagi. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang bersimpati dengan nasib pasangan berkenaan malah ada yang turut berkongsi kisah keluarga masing-masing, dikatakan hampir serupa. Sumber: mStar
|
"Sekarang owner ni dah bekerja tetap di Switzerland. Jadi owner bawa terus anak-anak dan isteri pindah sana. Walaupun sayang dekat rumah ni. Tapi mental dan hati isteri kena jaga.
"Walaupun kakak ipar masih lagi sinis dengan mereka suami isteri. Tapi sekurang-kurangnya jauh daripada pandangan. Owner ada cakap, dia sedih juga. Sebab benda remeh, tapi hubungan adik-beradik terus renggang," kongsinya lagi.
Zazama replied at 23-12-2023 11:35 PM
Pengalaman iols & suami pindah ke kg halaman suami utk jaga arwah ibunya, maka kami pun tinggal berd ...
ADVERTISEMENT