CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Dibunuh Dalam Bilik Hotel

23-12-2023 08:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 27684| Komen: 5

Bentong: Seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki warga asing berusia 45 tahun ditahan dipercayai terlibat dengan kejadian tersebut.



Katanya, lelaki warga asing terbabit ditahan di lokasi berhampiran pada hari sama bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut. Lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 29 Disember ini,“ katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. 



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 23-12-2023 10:12 PM
alamak hotel mana ni?
Quote Carcosa 23-12-2023 10:23 PM
Habislah ankerrrrr. Dahla Genting.
Sial lah pembunuh tu. Topap2 lagi angker dkt GH.
Quote noor2 23-12-2023 11:54 PM
Warga asing mmg suka buat jahat kat negara Malaysia.  
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 10:40 PM

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:28 PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.030371 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top