CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Tanah Runtuh Puchong Tak Puas Hati Hanya Dapat Bantuan RM2000, "Tak Cukup, Dua Daripada 4 Kereta Saya Total Lost"

22-12-2023 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17610| Komen: 65

Description: SERDANG – Penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Puchong di sini merayu kepada kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan atau pampasan bagi meringankan beban mereka.
SERDANG – Penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Puchong di sini merayu kepada kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan atau pampasan bagi meringankan beban mereka.

Selain itu, penduduk juga menuntut satu pelan yang kukuh termasuk tempoh baik pulih yang munasabah untuk mereka merancang menguruskan kehidupan dan keluarga.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Khoo, 43, berkata, dia dan suaminya buntu kerana dua anak mereka akan memulakan persekolahan pada Januari tahun depan.


Foto: Kosmo

“Saya tak tahu hendak buat apa sekarang. Dua anak saya akan menduduki peperiksaan pada Januari nanti, dia tidak boleh ponteng sekolah.

“Sebab itu saya harap, mereka bagi satu tempoh yang munasabah untuk kami rancang buat sementara waktu ini. Yang paling penting adalah keselamatan kami,” katanya ketika ditemui di Taman Wawasan sini hari ini.


Mengulas lanjut, Khoo berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dapat memberikan cadangan bantuan atau pampasan untuk mangsa kejadian bencana itu meneruskan hidup.

“Saya hargai bantuan sebanyak RM1,000 daripada beliau dan RM1,000 daripada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen tetapi jumlah RM2,000 tidak cukup untuk kami.

“Sekarang sewa rumah perlu kontrak (perjanjian) selama setahun. Kalau siap perabot menelan belanja hampir RM3,000 dan setahun sudah RM36,000.

“Dua daripada empat buah kereta kami sudah rosak (total loss). Sekarang dua buah lagi kereta dalam kawasan rumah dan kami tak boleh bergerak,” ujarnya.

Bagi seorang penduduk, Yap Chee Leong, 44, pula, dia turut menuntut satu tempoh yang munasabah dikeluarkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berhubung kerja-kerja membaik pulih cerun.

“Saya suarakan perkara ini bagi kesemua penduduk di sini. Ini perkara penting kerana ada daripada dalam kalangan penduduk tidak dapat meneruskan perniagaan dan terpaksa bergantung kepada ahli keluarga.

“Jadi, kita mahu tahu sampai bila kita perlu tunggu supaya dapat merancang untuk buat apa dalam waktu terdekat ini,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 22-12-2023 10:22 AM
Suppose tempat tapak perkhemahan tu la yg bg pampasan kan?? Sbb tggungjawab dia??
Quote shernazz 22-12-2023 10:27 AM
anony-mous replied at 22-12-2023 10:22 AM
Suppose tempat tapak perkhemahan tu la yg bg pampasan kan?? Sbb tggungjawab dia??

Tapak perkhemahan mana?
Quote shernazz 22-12-2023 10:27 AM
Puchong Ni banyak sangat Tanah runtuh
Dah MCM Ampang dah
Quote anony-mous 22-12-2023 10:31 AM
shernazz replied at 22-12-2023 10:27 AM
Tapak perkhemahan mana?

Ya ampun i silap uols. Ingatkan mangsa yg dkt btg kali tu xtau kenapa lah baca tajuk auto teringat kes yg tu
Quote ifanonline 22-12-2023 10:34 AM
puchong ni barangkali banyak maksiat, asyik kena bencana alam shj
Quote aechae 22-12-2023 10:39 AM
Pastu nk nk suruh byr balik ganti rugi keta 4 biji tu ke? Cmpur deposit rumah sewa baru eh sewa setahun 36k?
Quote Thunderclouds 22-12-2023 10:40 AM
Sukorr la ada yg kesian bg jugek 2k duit ehsan.
Yg banjir total lost umah & keta kt belah² sg muda dulu ni pn lebih kurang ja.
Quote Thunderclouds 22-12-2023 10:41 AM
aechae replied at 22-12-2023 10:39 AM
Pastu nk nk suruh byr balik ganti rugi keta 4 biji tu ke? Cmpur deposit rumah sewa baru eh sewa seta ...

Dasar kan spesis gini?
Quote gigahertz 22-12-2023 10:53 AM
aechae replied at 22-12-2023 02:39 AM
Pastu nk nk suruh byr balik ganti rugi keta 4 biji tu ke? Cmpur deposit rumah sewa baru eh sewa seta ...

Cina macma tu la. kalau dia jadi mangsa pastu yang incharge tu melayu
dia akan claim kaw kaw maximum berapa yang boleh
tapi kalau yang mangsa tu melayu yang incharge tu cina
well macam biasa la....kes senyap sunyi.


Quote otai_g 22-12-2023 10:57 AM
Kerajaan negeri punya Salah ke yg tanah runtuh tu? Da bnyk kereta rosak sbb bencana alam mcm kena banjir, hempap pokok x pnh plk dgr kerajaan nak bagi ganti rugi.
Quote s@s@ 22-12-2023 10:59 AM
kasi la dia tumpang balai raya dulu xde rumah.
tapi nak ke?
Quote white_musk 22-12-2023 11:01 AM
rumah itu dia sewa atau beli?
Quote gigahertz 22-12-2023 11:03 AM

PMX akan terima pressure kuat daripada DAP
sebab Ng Sze Han ni orang DAP. Parlimen Puchong adalah Yeo Bin Yee (DAP)
beliau menang dengan undi 57k tempoh hari.



PMX ni pulak naik sebab tiket DAP. bukan naik guna tiket Melayu & islam
so mari kita tengok adakah PMX akan dengar arahan DAP.

Quote gigahertz 22-12-2023 11:03 AM
otai_g replied at 22-12-2023 02:57 AM
Kerajaan negeri punya Salah ke yg tanah runtuh tu? Da bnyk kereta rosak sbb bencana alam mcm kena ba ...

yang kepala tu melayu kan wajib la claim sampai kaya.
Quote menjad 22-12-2023 11:05 AM
Mgkin nak jugak 10k macm kes batang kali tuh
Quote melekaifc 22-12-2023 11:06 AM
ni mesti cinki yang kedekut nak sub bencana alam masa renew insurans kete
Quote bottombikini 22-12-2023 11:12 AM
gile ke nak org bayar segala kerugian dia
dah kenapa kau berumah di bawah bukit
dan dah kenapa kau tak amik insurance natural disaster
Quote sambaldurian 22-12-2023 11:17 AM
Kena puak tu mmg kena cekau habis2an la nmpak nye. Klu kena puak lg satu terima je la, janji dpt la jgk.
Quote honeybee1802 22-12-2023 11:24 AM
aechae replied at 22-12-2023 10:39 AM
Pastu nk nk suruh byr balik ganti rugi keta 4 biji tu ke? Cmpur deposit rumah sewa baru eh sewa seta ...

Tu la pasal...rm2k tu bantuan rsnya...bukan pampasan...
Insurans rumah cover tak ek?
Cuba bayang org yg banjir tetiap thn tu?

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046661 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top