CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Cuci Diganggu, Hantu Bawa Belon Berkeliaran Di Sekolah

22-12-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13189| Komen: 5

Description: TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang tukang cuci melihat entiti paranormal dipercayai ‘hantu’ berkeliaran di dewan sebuah sekolah tinggi di negeri Florida.
TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang tukang cuci melihat entiti paranormal dipercayai ‘hantu’ berkeliaran di dewan sebuah sekolah tinggi di negeri Florida.

Daily Star melaporkan, sekolah tersebut dibina di atas sebuah kawasan perkuburan lama.


Tukang cuci itu merakam kejadian seram dia diekori ‘hantu’ di Sekolah Tinggi King, bandar Tampa ketika membersihkan sebuah bilik darjah selepas waktu sekolah.


Foto: Daily Star

Ketika kejadian baru-baru ini, bilik darjah itu kelihatan dipenuhi konfeti dan belon. Dia memberi tumpuan kepada sebuah belon berwarna merah yang menakutkannya.

“Tidak kira di mana saya berada di dalam kelas atau apa sahaja yang saya lakukan, ia mengekori saya,” katanya.

Rakaman kejadian memaparkan belon itu terapung sebelum bergerak ke hadapan kelas dan mengekori tukang cuci tersebut. Bayang hitam kemudian melepasi belakang dewan sekolah berkenaan.


Menurut lelaki itu, dia bukan satu-satunya orang yang pernah mengalami kejadian aneh di sekolah tersebut pada waktu malam kerana rakan sekerjanya juga menghadapi insiden serupa. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-12-2023 04:06 PM
Hantu beli belon kat mana? Tiup sendiri atau isi guna tong gas?


Quote plywood 22-12-2023 04:16 PM
[youtube]O91tNVYxBOE[/youtube]
Quote mejaputih 22-12-2023 04:19 PM
mcm dalam citer IT...clown bawa belon....
Quote plywood 22-12-2023 04:19 PM
barangkali dia terlalu boring tu... buat konten hantu viral memang boleh sebabkan exciterd semula
Quote Naftalena 22-12-2023 04:20 PM
Pennywise?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039857 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top