CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tergamak Ceraikan Isteri Sebab Tiada Sebelah Payudara Akibat Kanser "Dia Marah, Halang Doktor Buang"

22-12-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13489| Komen: 33

Description: Kuala Terengganu: "Selepas pembedahan membuang sebelah payudara akibat kanser tahap empat, saya di ceraikan suami," kata Mimi Mohd, 54, ketika ditemui selepas Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Ba ...
Kuala Terengganu: "Selepas pembedahan membuang sebelah payudara akibat kanser tahap empat, saya di ceraikan suami," kata Mimi Mohd, 54, ketika ditemui selepas Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di sini, semalam.


Menurutnya, selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap empat, dia mengambil keputusan untuk menjalani rawatan berkaitan penyakit dihidapinya itu.


Foto: Harian Metro

Katanya, dia mengikut saranan doktor supaya sebelah daripada payudaranya dibuang, bagi mengelak sel kanser merebak.

"Namun, dalam masa sama suaminya (bekas) tidak mahu dia membuang payudara yang mempunyai sel kanser itu.

"Saya nekad, walaupun tidak dibenarkan suami, namun saya teruskan pembedahan membuang sebelah payudara kerana nyawa adalah lebih penting," katanya.

Dakwanya, berang dengan tindakannya membuang sebelah payudara, suami kemudian membuat tuntutan untuk menceraikannya kerana tidak bersetuju dengan tindakannya itu.


Katanya, dia akur dengan kehendak suaminya untuk menceraikannya dan dia tidak boleh menerima cadangan suaminya ketika itu yang memintanya berubat secara tradisional.

"Sebelum lafaz cerai, dia (suami) pernah berkata orang yang menghidap kanser payudara macam saya hanya mampu hidup setahun sahaja.

"Bagi saya ajal, maut, jodoh itu ketentuan Allah SWT dan selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa dan akibat tekanan daripada suami ketika itu, saya kini menghidap pelbagai penyakit termasuk kemurungan, penyakit sendi, tekanan perasaan dan pelbagai lagi," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka ketika dia bertarung nyawa melawan kanser, suaminya tidak memberi semangat, malah menambah tekanan kepada dirinya.

"Kini saya anggap sudah terlepas dari 'neraka dunia' kerana tersalah dalam berkongsi hidup dengan manusia yang tidak pandai menghargai," katanya.

Menurutnya, dia kini tenang dan tinggal bersama anak keduanya selepas diceraikan, dan tiga lagi anaknya tidak menyangka bapa mereka sanggup berbuat demikian angkara sebelah payudara dibuang akibat kanser.

Katanya, kalau hendak diungkit begitu banyak, namun dia mengambil keputusan hanya untuk mendapatkan haknya kembali iaitu nafkah penjagaan anak sahaja daripada bekas suami. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 22-12-2023 10:48 AM
suami u hendak u mati cepat. dah mati kahwin lain.
Quote sayurmayur88 22-12-2023 10:54 AM
lelaki jahanam . ...
Quote pocongkiutss 22-12-2023 11:02 AM
Semoga laki dia kena kanser totey ataupun mati pucuk 100 peratus akibat diabetes dan ditinggalkan bini barunya nanti. CASH!!

Amin
Quote yenil95 22-12-2023 11:09 AM
bagusla cerai laki gini. nampak sangat tak sayang bini.
harap bekas bini dipermudahkan segala urusan.
Quote ninja boy 22-12-2023 11:37 AM
niat kawen utk dapat lubang, tetek dan bibik percuma
Quote syamzana 22-12-2023 11:41 AM
bodohnya kalau ada 2belah tetek pun tp sakit memburuk blh buat apa pun?
kecik betul otak bekas laki dia ni ye??siap predict blh hidup setahun je plak tu kalah doc. kesian anak2 dpt bapak bodoh laguni.
Quote tungkai 22-12-2023 11:46 AM
Pasni kalau ex-laki ko melutut merintih nak kembali, ko cangkul kan aje dia..
Quote sismarkonah 22-12-2023 12:01 PM
pocongkiutss replied at 22-12-2023 11:02 AM
Semoga laki dia kena kanser totey ataupun mati pucuk 100 peratus akibat diabetes dan ditinggalkan bi ...

aminnnnnn
Quote sufi^_^ 22-12-2023 12:18 PM
ninja boy replied at 22-12-2023 03:37 AM
niat kawen utk dapat lubang, tetek dan bibik percuma

Begitulah. Mujurlah acik ni cerdik buat keputusan, nyawa sendiri lagi penting dari asalkan berlaki.
Quote sufi^_^ 22-12-2023 12:22 PM
syamzana replied at 22-12-2023 03:41 AM
bodohnya kalau ada 2belah tetek pun tp sakit memburuk blh buat apa pun?
kecik betul otak bekas laki  ...

Sebab tak penah nengok camana rupa kanser kalau dah stage 4 agaknya.

Simpan 2 tetek lengkap saiz DD pun, kalau dah kena kanser, tak denya indah mengkal boolat gebu lagi ye.

Dan yang paling sedih, tetek lagi utama dari nyawa bini.
Quote sufi^_^ 22-12-2023 12:23 PM
Doktor pun ada cerita, memang ada wanita yang didiagnose dapat BC, ambik keputusan diamkan aje tak buat rawatan sebab takut kalau kena mastectomy malah double mastectomy nanti suami tak boleh terima.

Cangkulkan aje laki macam ni ye puan2.
Quote farlis 22-12-2023 12:29 PM
Bodohnyaaa... Semoga acik dipermudahkan urusan.. DAn disembukan dr sakit.. Biar suami bodoh tu pulak kena hazab
Quote asamfish 22-12-2023 12:53 PM
jantan mcm ni la jugak dihujung2 usia merentan anakbini tak dtg jenguk blahblabla....
Quote prince_marhaen 22-12-2023 04:39 PM
jantan kimak kemaruk tetek memang patut cerai je... macam la kotey dia power sangat nak menetek je.. ntah2 dah serupa pisang salai...
Quote sharlenetexas 22-12-2023 04:52 PM
Semoga bekas suaminya kena breast kanser versi lelaki.


Quote Decaffeinated 22-12-2023 04:54 PM
Lelaki kalau kena buang kote memang dah tak guna hidup. Buang kulup tak pe.
Quote midori888 22-12-2023 04:55 PM
wise decision....kesihatan diri sendiri lebih penting....
Quote Kitty_catz 22-12-2023 04:58 PM
lakinyehh ipan ke?


sbb ipan kan kuat tarik2 puting.. kut takde sanggup gamak serai
Quote sukacactus 22-12-2023 04:58 PM
Ini la bahananya bila laki xpuas menyusu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.278639 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top