CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangguh Bercuti Atau Balik Perak Jika Bergejala Covid-19

21-12-2023 02:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9064| Komen: 7

Ipoh: Individu bergejala Covid-19 yang ingin bercuti atau balik kampung di Perak sempena Krismas, dinasihat menangguhkan sementara waktu hasrat itu bagi mengekang jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan, berkata walaupun kadar penularan Covid-19 di negeri ini masih terkawal, dikhuatiri berlaku peningkatan mendadak berpunca dari negeri lain, terutamanya pada musim perayaan ini.

A Sivanesan

Katanya, jumlah kes harian Covid-19 di Perak ketika ini sekitar 600 kes dengan kadar kematian juga sangat rendah.

"Cuma kita takut apabila orang luar datang ke Perak dalam dua, tiga minggu ini.

"Jadi, kita nasihatkan individu dari negeri lain yang mahu ke Perak, jika bergejala seperti sakit tekak atau demam, tolong tangguhkan sebentar perjalanan. Selepas sembuh boleh pulang berjumpa ahli keluarga dan bercuti," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apreasi Wartawan Perak anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di sini, malam tadi yang turut dihadiri Pengarah PASAK, Aldrin Ng.

Dalam pada itu katanya, semua 14 hospital kerajaan di Perak kini dalam mod bersedia untuk menerima pesakit Covid-19.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-12-2023 02:49 PM
Cuti xmas long weekend takkan x balik kg.


Quote BoongaKertas 21-12-2023 03:02 PM
iols suggest utk anak2 yg nk blk kg tu, jd anak bertanggungjwb. buat test kediri. pakai salixium/mediven as test before balik kg.
Quote zehra2 21-12-2023 03:18 PM
anak2 kena lah beringat utk parents yg dah tua.. jgn bawak covid balik kampung
Quote Yoonggi 21-12-2023 03:23 PM
sendiri mau ingat la. jgn hanya fikir diri sendiri je
Quote merrissa 22-12-2023 11:35 AM
kataaa dah vaksinnn...apa lagi mau halang jalan sana sini AHAHAHAH
Quote manopBKK 22-12-2023 12:34 PM
I don't remember anyone asking
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:36 PM

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.048986 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top