CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dekat Atau Berjauhan, Awak Selamanya Di Hati Saya," Ibu Rindu Zayn Rayyan

21-12-2023 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9165| Komen: 8

Description: PETALING JAYA – “Dekat ataupun berjauhan, awak selamanya di hati saya.” Itu coretan Ismanira Abdul Manaf, 28, yang berterusan meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mati ...
PETALING JAYA – “Dekat ataupun berjauhan, awak selamanya di hati saya.” Itu coretan Ismanira Abdul Manaf, 28, yang berterusan meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di media sosial.


Menerusi Facebook miliknya itu, Ismanira turut berkongsikan gambar bahagia mereka sekeluarga di dalam sebuah kereta.

Foto: IG

Hantaran tersebut turut mengundang rasa rindu dalam kalangan orang ramai terhadap Zayn Rayyan, walaupun tidak mengenali secara peribadi kanak-kanak autistik itu.

“Izinkan saya guna gambar wildan syurga puan. Saya sangat terkesan,” kata Mohamad Raiq.

“Kuat ya. Kami tak ada ikatan pun tak boleh lagi lupakan wajah Zayn. Hari-hari nak kena tengok wajah menenangkan hati kami,” ujar Fieqa Iqa.

“Tak pernah tak mengalir air mata bila terpandang atau teringat kat arwah. Betul-betul penyejuk mata. Semoga ibu Zayn n keluaga tabah,” komen Lini Mohamad.




Kosmo! semalam melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilihat turun ke lokasi Apartmen Idaman, Damansara Damai.


Beliau difahamkan tiba di blok R kira-kira pukul 1.30 tengah hari, bagi menjalankan tinjauan di sekitar kediaman kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai berdekatan.


Hari ke-14, polis masih meneruskan pencarian bahan bukti serta maklumat lain bagi menjejaki pembunuh kejam kanak-kanak terbabit.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 21-12-2023 05:37 PM
ape perkembangan terbaru kes ni? iolls xfollow sbb komen byk sgt. please spoonfeed me
Quote mojarean_X 21-12-2023 05:48 PM
Edited by mojarean_X at 21-12-2023 06:45 PM

Brp byk luahan ko nk wat. G jaga anak ko yg lg sorang tu baik2. Sikit2 luah sudahlah
Quote dua_chzy 21-12-2023 06:00 PM
“Kuat ya. Kami tak ada ikatan pun tak boleh lagi lupakan wajah Zayn. Hari-hari nak kena tengok wajah menenangkan hati kami,” ujar Fieqa Iqa.


Acik ni dah kenapa? Takda anak sendiri atau orang tersayang ka huntok ditengok muka tenangkan hati?
Quote Orix 21-12-2023 06:41 PM
iols smpai skrg heran dia ni xde meratap pasal siapa bunuh anak dia.
Quote Manusiabesa 21-12-2023 06:59 PM
Yg oku lembam hilang kt DD tu pulak org speku sbgai pembunuh zayn.
Nth btul budak oku xda akal yg waras. Tu yg disesahnya telinga zayn.
Dedua oku.
Dedua lawan gusti.
Last2 si laki ni bunuh budak zayn.
Last skli dia lari ke luar negeri.
Adoi nth la noks.
Penin.
Klu lembam oku reti pulak ke dia nk ator stategi lari dri sight yg org awam bole nampak.
Ni siap pndai xtinggai jejak lgsg. Mustahil la keja org oku kan noksss
Quote Buritan 21-12-2023 07:03 PM
whimsicalmusic replied at 21-12-2023 05:37 PM
ape perkembangan terbaru kes ni? iolls xfollow sbb komen byk sgt. please spoonfeed me

Tak de ape pun.. last aku baca smlm ketua polis hensem turun..
Quote whimsicalmusic 22-12-2023 04:44 PM
Buritan replied at 21-12-2023 07:03 PM
Tak de ape pun.. last aku baca smlm ketua polis hensem turun..

ketua polis yg mengikut ES xbersih mana tu?
Quote Buritan 22-12-2023 06:42 PM
whimsicalmusic replied at 22-12-2023 04:44 PM
ketua polis yg mengikut ES xbersih mana tu?

Tak berani aku nak komen.. tp aku mmg hati hati laa dgn penguatkuasa semua ni.. depa amik sukati depalaa .

Tp polis tu mmg hensem laa..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072844 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top