CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Ditangkap Bunuh Wanita Hamil 8 Bulan

21-12-2023 02:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8507| Komen: 2

Description: Jakarta: Dua beradik ditahan polis selepas didapati bersalah kerana membunuh seorang ibu hamil dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Indonesia pada Isnin.Memetik laporan Tribunnews, suspek AH d ...
Jakarta: Dua beradik ditahan polis selepas didapati bersalah kerana membunuh seorang ibu hamil dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Indonesia pada Isnin.

Memetik laporan Tribunnews, suspek AH dan JZ yang masing-masing berusia 26 dan 22 tahun dikatakan sudah lama merancang untuk membunuh pasangan suani isteri, D dan DS. 



Disebabkan itu, mereka nekad menceroboh masuk bilik ketika kedua-dua mangsa sedang tidur. 

Suspek JZ menyerang si suami menggunakan pisau daging yang baru dibeli mereka.

Kejadian tersebut disedari oleh si isteri dan wanita itu bertindak menjerit meminta pertolongan. Jeritan mangsa membuatkan pelaku panik lalu suspek AH menekup mulut mangsa supaya senyap.

Menurut Ketua Polis Daerah Kebayoran Lama Komisioner Widya Agustiono, akan tetapi jeritan tersebut sempat didengari oleh dua orang pekerja mangsa. 


Mereka berdua cuba membantu namun gagal kerana mereka turut diserang suspek.

"Ya, mangsa hamil 8 bulan (33 minggu). Pelaku membunuh kedua-dua mangsa kerana sakit hati dengan kata-kata yang pernah dilemparkan oleh mangsa," katanya.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-12-2023 02:47 PM
Nanti jadi sundelbolong
Quote sharlenetexas 21-12-2023 02:48 PM
Trisnafriski malu2 xde kemaluan.


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top