CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebutan Kes Bunuh Dan Bakar Kekasih Hamil Pada 1 Februari Tahun Depan

21-12-2023 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8152| Komen: 8

Description: SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, menetapkan 1 Februari depan bagi sebutan izin pendakwaan memindahkan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya, Mei lalu ke Mah ...
SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, menetapkan 1 Februari depan bagi sebutan izin pendakwaan memindahkan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya, Mei lalu ke Mahkamah Tinggi.


Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri yang memohon pemindahan berkenaan terhadap kes dihadapi tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20.

Terdahulu, Muhammad Afiq berkata, pihaknya sudah menerima semua laporan dan dokumen mengenai kes tersebut.


Foto: Kosmo

“Semua dokumen berkenaan sudah tersedia bagi sebutan kes hari ini. Namun, saya memohon izin tempoh dua bulan bagi menelitinya terlebih dulu sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Sementara itu, peguam Muhammad Nor Tamrin tiada membuat bantahan mengenai perkara tersebut. Dokumen oleh pihak pendakwaan itu melibatkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.


Terdahulu, Muhammad Fakrul yang berbaju T putih tiba dengan trak polis di mahkamah itu, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 21-12-2023 02:33 PM
sayangnya lahai
awat la pi bunuh
Quote Kurex 21-12-2023 02:49 PM
Muka helok tp tu la, saiko
Quote manehnya 21-12-2023 02:49 PM
baru cecah duapuluh budak nih

nak kesian pun x boleh dah..
Quote sharlenetexas 21-12-2023 02:50 PM
Mana gf yg bekap sgt tu?


Quote ifanonline 21-12-2023 02:50 PM
Edited by ifanonline at 21-12-2023 02:52 PM

mcm mana tak bertambah statistik andartu di malaysia ni?
padan la ramai andartu dan janda berbogel/seksi dlm socmed...memang tidak mencapai climax dan kepuasan dgn manusia!

Quote Prickford 21-12-2023 02:51 PM
Kurex replied at 21-12-2023 06:49 AM
Muka helok tp tu la, saiko

Lebih kepada bodoh dari saiko ni.

Quote edayildiz 21-12-2023 02:54 PM
dia mmg saiko yg diikhtiraf ke...kalau x saiko kn gay pulakk..mcmana xramai perempuan yg blm kawen
Quote Supersirap 21-12-2023 02:59 PM
Semoga dapat bertaubat dan muhasabah diri

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038178 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top