View: 8391|Reply: 11
|
Sebutan Kes Bunuh Dan Bakar Kekasih Hamil Pada 1 Februari Tahun Depan
[Copy link]
|
|
SABAK BERNAM – Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, menetapkan 1 Februari depan bagi sebutan izin pendakwaan memindahkan kes seorang pemuda yang didakwa membunuh kekasih hamilnya, Mei lalu ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri yang memohon pemindahan berkenaan terhadap kes dihadapi tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20.
Terdahulu, Muhammad Afiq berkata, pihaknya sudah menerima semua laporan dan dokumen mengenai kes tersebut.
Foto: Kosmo
“Semua dokumen berkenaan sudah tersedia bagi sebutan kes hari ini. Namun, saya memohon izin tempoh dua bulan bagi menelitinya terlebih dulu sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” katanya.
Sementara itu, peguam Muhammad Nor Tamrin tiada membuat bantahan mengenai perkara tersebut. Dokumen oleh pihak pendakwaan itu melibatkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.
Terdahulu, Muhammad Fakrul yang berbaju T putih tiba dengan trak polis di mahkamah itu, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya lahai
awat la pi bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Muka helok tp tu la, saiko |
|
|
|
|
|
|
|
baru cecah duapuluh budak nih
nak kesian pun x boleh dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ifanonline at 21-12-2023 02:52 PM
mcm mana tak bertambah statistik andartu di malaysia ni?
padan la ramai andartu dan janda berbogel/seksi dlm socmed...memang tidak mencapai climax dan kepuasan dgn manusia!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih kepada bodoh dari saiko ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia mmg saiko yg diikhtiraf ke...kalau x saiko kn gay pulakk..mcmana xramai perempuan yg blm kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat bertaubat dan muhasabah diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|