CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tak Pernah Tanya Khabar Bapa, Tiba-Tiba Muncul Minta Duit! Bila Tak Dapat Ibu Tiri Pula Dituduh Busuk Hati

21-12-2023 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8182| Komen: 0

Description: Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa kerana dituduh busuk hati dan cuba meracuni suami oleh anak kandung lelaki berkenaan.
Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa kerana dituduh busuk hati dan cuba meracuni suami oleh anak kandung lelaki berkenaan.

"Aku ni baru dua tahun lebih berkahwin dengan suami. Suami duda anak enam orang, semua tinggal dengan ex-wife dia. Ex-wife pun dah kahwin lain.



Gambar Hiasan

"Anak sulung hingga anak kelima semua dah besar, umur 20 tahun ke atas. Cuma tinggal si kecil baru umur 12 tahun.

"Nak dijadikan cerita, dua hari lepas, anak dia chat aku bagitahu anak nombor dua, lelaki (27 tahun) patah kaki. Dah sebulan patah kaki, suami bisinglah dah sebulan baru nak bagitahu kaki patah?

"Anak-anak suami minta suami kirim RM200 sebab nak bawa anak kedua ni pergi hospital," kongsinya.

Bagaimanapun permintaan anak-anak tirinya tidak dapat dipenuhi kerana suaminya tidak mempunyai wang yang mencukupi ketika itu.


"Tup tup aku kena marah, anak-anak dia cakap, aku yang ajar ayah diaorang jadi macam tu sedangkan aku tak pernah ajar suami aku macam tu. Diaorang cakap aku ni sombong.

"Sedangkan diaorang tak tahu dalam rumah aku ni masih belum lengkap peti ais, mesin basuh, televisyen pun masih belum ada sebab suami aku belum ada duit nak lengkapkan rumah.

"Suami buat dua kerja. Isnin hingga Sabtu kerja kilang, Ahad ambil upah mesin rumput. Kadang-kadang balik kerja terus sambung kerja," cerita wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu.

Dakwa wanita tersebut lagi, suaminya bukan seorang yang berkira malah sering mengirim wang untuk anak-anak tirinya sekiranya mempunyai rezeki lebih.

Namun mereka langsung tidak bertanya khabar bapa kandung sendiri, sebaliknya suaminya hanya dicari oleh anak-anak apabila mahukan wang.

"Ayah tak ada duit terus kata macam-macam. Masalahnya anak-anak suami aku semua dah besar-besar, boleh kerja dah. Kenapa nak salahkan aku mak tiri diaorang.

"Apa semua fikir mak tiri je jahat, ayah tiri je jahat. Ya Allah, aku dengan suami pun ada anak hasil pernikahan kami. Kami pun nak pakai duit nak beli lauk sebab peti ais tak ada simpan lauk basah.

"Hanya beli telur lauk kering je. Kami sini pun susah. Anak-anak suami senang minta duit. Aku yang isteri pun tak minta duit beratus.

"Kesian dekat suami kerja penat-penat. Pencuci muka pun aku tak beli sebab takut nak guna duit," akhirinya.

Perkongsian kisahnya dalam laman grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.

Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan dalam masa yang sama menyifatkan anak-anak tirinya sebagai toksik.

"Lantakkan anak tiri tu sis. Anak-anak tiri dah besar, patut kerja. Ini pakat jadi biawak ke apa nak suruh bapa bela sampai tua gayut.

"Besar dah tu, patut diaorang tu keluarkan duit bagi ke mak ayahnya pula. Terbalik pula sekarang.

"Jangan dilayan sangat anak suami puan tu. Ikutkan umur 27 tahun bukan lagi tanggunjawab ayah dia," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.177198 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top