CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

8 Tahun Turun Naik Mahkamah, Perbicaraan Tuntutan Harta Sepencarian Marissa Yasmin Dan Bekas Suami Masih Belum Selesai

15-12-2023 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9420| Komen: 32

Perbicaraan tuntutan harta sepencarian melibatkan Marissa Yasmin dan bekas suami iaitu Muhzir Mohd Zainuddin nampaknya masih belum selesai walaupun hampir lapan tahun turun naik mahkamah.

Tidak berputus asa menuntut haknya itu, Marissa atau Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 46, berkata dia tetap akan mempertahankan keputusan penghakiman yang dibuat pada tahun 2020 meskipun bekas suami itu tampil membuat rayuan.

Foto: IG

"Selepas cerai pada tahun 2016 saya berdepan kes ini selama empat tahun. Jadi tiada istilah putus asa untuk saya pertahankan penghakiman yang telah dibuat sebelum ini.

"Saya pun harap kes ini akan selesai secepat mungkin tetapi tidak mengapa, kita lalui sahaja. Mungkin saya beri tempoh setahun lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.



Marissa sebelum itu dilihat hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis bagi penelitian dokumen rayuan yang dibuat oleh Muhzir sebelum ini.

Pada tahun 2020, mahkamah menetapkan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepadanya perlu dibayar semula.

Tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, Muhzir kemudiannya tampil membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah berkenaan dan sehingga kini kes tersebut masih belum selesai.



Dakwa Marissa bekas suaminya itu sengaja mahu melambatkan kes ini dan tidak menolak ia bertujuan untuk memberi tekanan terhadap dirinya.

"Dia tangguhkan kes ini dan ia makan masa serta wang ringgit. Ia bagaikan satu permainan psikologi dan mungkin dia mahu beri tekanan mental sehingga saya tarik kes.

"Kalau betul dah move on dengan hati bersih, segerakanlah kes ini. Pada hari ini pun (Khamis), pihaknya masih memasukkan hujah yang agak bercanggah dengan penghakiman tahun 2020.

"Pihak saya akan terus lalui kes ini. Mahkamah minta kami serahkan dokumen baharu dan pihaknya pula perlu membalas dalam tempoh dua minggu selepas itu," ujarnya.



Dalam masa sama, Marissa juga hairan kerana bekas suaminya itu tidak hadir ke mahkamah dan diberikan pengecualian.

"Memang dia boleh dapat pengecualian tetapi kalau kes ini melibatkan kami berdua, dia kena dengar sendiri perbicaraan mahkamah. Saya harap dapat tengok muka dia nanti.

"Kami pun tidak pernah berhubung. Hanya berhubung melalui peguam dan di mahkamah sahaja," jelasnya.


Mahkamah menetapkan 31 Januari tahun depan sebagai perbicaraan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Muhzir pada 2010 dan bercerai pada Januari 2016.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 15-12-2023 09:59 AM
moga dipermudahkan ya kak. Allah tu adil. moga ada rezeki utk akak.
Quote kotakominami 15-12-2023 10:05 AM
Jantan sekarang memang takde telor....semua dah letak kt atas roti canai
Quote jlo 15-12-2023 10:07 AM
bongok betul bagi je la hak ex wife tu
Quote Thunderclouds 15-12-2023 10:43 AM
Hat gini lobai² diam xbkutik yer dak?
Kalo tang pompuan segala mala hadis korek ibarat bwh tapak kaki laki ja jln ke sorga.
Sukorrr tadak ank, kalo x lg haru.
Quote babelina 15-12-2023 10:47 AM
omg.. lama nye.. sabar jer la..
moga Allah permudahkn la semua nya..
Quote JunkMail 15-12-2023 10:56 AM
kotakominami replied at 15-12-2023 10:05 AM
Jantan sekarang memang takde telor....semua dah letak kt atas roti canai



Tersedak aku tengah makan roti canai banjir spesial
Quote black_handbag 15-12-2023 11:00 AM
kurus kering dah sheols menahan rasa. lamanya menuntut sampai 8 tahun ye. rasanya ex mmg sengaja xnak bagi tu.. kaya ke bekas lakinya.. nampak tak hepi dia. kalau i jadi dia ni, i let go jelah.. sian baru 45 kan umo.. tp nampak mcm mak2 sgt dah.. mcm 50an dah.. akibat makan hati
Quote telracs 15-12-2023 11:03 AM
Kannnnn...

Kalau hak jantan tak de telor nak kawen 2,3,4 kemain lantang.. siap kata perempuan menolak hukum Allah...
Hak perempuan yang sepatutnya diberi, semua membisu seribu bahasa.. memang jantan² yang lantang bersuara semua tu sebenarnya pondan belaka...
Quote lasagna 15-12-2023 11:09 AM
sheol ni jarang nak ada cerita hot dari zaman dulu lagi,
tetiba bila ada cite hot, cite psal kes serai.. kesian gak laa baca.
moga bertabah ya kak. fight selagi boleh.
Quote marchikobonzo 15-12-2023 11:17 AM
Cantik acik marissa ni
Quote Kurex 15-12-2023 11:21 AM
Jelatang....
Quote Dolmat 15-12-2023 11:26 AM
Ya Allah... Hakimmmm tak kannnn nak makan kes sampai 8 tahunnnn oi.....

Quote sleepandream 15-12-2023 11:47 AM
kalau macam kereta tu dah 8 tahun... kereta pun dah jadi besi buruk mcmmanooo
Quote zaraaqilah 15-12-2023 11:47 AM
Dolmat replied at 15-12-2023 11:26 AM
Ya Allah... Hakimmmm tak kannnn nak makan kes sampai 8 tahunnnn oi.....

Kannn....giler apa kes peram sampai 8 tahun....
Quote aechae 15-12-2023 12:07 PM
Xda anak pn smpai bertahun x setel2 lg..
Ni klu ada anak ntah berebut mcm mna xtau lh
Quote ina_na 15-12-2023 12:08 PM
Biawak kah laki dia ni..biasa org cerai cpt2 settle kan harta sepencarian... Dia ni berlakon best,suka tgk
Quote shernazz 15-12-2023 12:10 PM
Iols suka Nama dia
Nama moden sangat di usia dia
Quote vanillaninja 15-12-2023 12:12 PM
Sedap ya nama asal sheols. Dari dulu I suka sheols. Cantik jah. Muka classic Melayu.
Quote zuriey 15-12-2023 12:15 PM
iols nak baca hujah2 jantan melayu tersakiti di fb sana kejap

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.070881 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top