View: 9466|Reply: 32
|
8 Tahun Turun Naik Mahkamah, Perbicaraan Tuntutan Harta Sepencarian Marissa Yasmin Dan Bekas Suami Masih Belum Selesai
[Copy link]
|
|
Perbicaraan tuntutan harta sepencarian melibatkan Marissa Yasmin dan bekas suami iaitu Muhzir Mohd Zainuddin nampaknya masih belum selesai walaupun hampir lapan tahun turun naik mahkamah.
Tidak berputus asa menuntut haknya itu, Marissa atau Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 46, berkata dia tetap akan mempertahankan keputusan penghakiman yang dibuat pada tahun 2020 meskipun bekas suami itu tampil membuat rayuan.
Foto: IG
"Selepas cerai pada tahun 2016 saya berdepan kes ini selama empat tahun. Jadi tiada istilah putus asa untuk saya pertahankan penghakiman yang telah dibuat sebelum ini.
"Saya pun harap kes ini akan selesai secepat mungkin tetapi tidak mengapa, kita lalui sahaja. Mungkin saya beri tempoh setahun lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Marissa sebelum itu dilihat hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis bagi penelitian dokumen rayuan yang dibuat oleh Muhzir sebelum ini.
Pada tahun 2020, mahkamah menetapkan Marissa memperoleh rumah, pembahagian harta (kereta) dan hutang bekas suami kepadanya perlu dibayar semula.
Tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, Muhzir kemudiannya tampil membuat rayuan bagi mengurangkan jumlah berkenaan dan sehingga kini kes tersebut masih belum selesai.
Dakwa Marissa bekas suaminya itu sengaja mahu melambatkan kes ini dan tidak menolak ia bertujuan untuk memberi tekanan terhadap dirinya.
"Dia tangguhkan kes ini dan ia makan masa serta wang ringgit. Ia bagaikan satu permainan psikologi dan mungkin dia mahu beri tekanan mental sehingga saya tarik kes.
"Kalau betul dah move on dengan hati bersih, segerakanlah kes ini. Pada hari ini pun (Khamis), pihaknya masih memasukkan hujah yang agak bercanggah dengan penghakiman tahun 2020.
"ihak saya akan terus lalui kes ini. Mahkamah minta kami serahkan dokumen baharu dan pihaknya pula perlu membalas dalam tempoh dua minggu selepas itu," ujarnya.
Dalam masa sama, Marissa juga hairan kerana bekas suaminya itu tidak hadir ke mahkamah dan diberikan pengecualian.
"Memang dia boleh dapat pengecualian tetapi kalau kes ini melibatkan kami berdua, dia kena dengar sendiri perbicaraan mahkamah. Saya harap dapat tengok muka dia nanti.
"Kami pun tidak pernah berhubung. Hanya berhubung melalui peguam dan di mahkamah sahaja," jelasnya.
Mahkamah menetapkan 31 Januari tahun depan sebagai perbicaraan semula kes berkenaan.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Muhzir pada 2010 dan bercerai pada Januari 2016.
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudahkan ya kak. Allah tu adil. moga ada rezeki utk akak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan sekarang memang takde telor....semua dah letak kt atas roti canai |
|
|
|
|
|
|
|
bongok betul bagi je la hak ex wife tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hat gini lobai² diam xbkutik yer dak?
Kalo tang pompuan segala mala hadis korek ibarat bwh tapak kaki laki ja jln ke sorga.
Sukorrr tadak ank, kalo x lg haru. |
|
|
|
|
|
|
|
omg.. lama nye.. sabar jer la..
moga Allah permudahkn la semua nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 15-12-2023 10:05 AM
Jantan sekarang memang takde telor....semua dah letak kt atas roti canai
Tersedak aku tengah makan roti canai banjir spesial |
|
|
|
|
|
|
|
kurus kering dah sheols menahan rasa. lamanya menuntut sampai 8 tahun ye. rasanya ex mmg sengaja xnak bagi tu.. kaya ke bekas lakinya.. nampak tak hepi dia. kalau i jadi dia ni, i let go jelah.. sian baru 45 kan umo.. tp nampak mcm mak2 sgt dah.. mcm 50an dah.. akibat makan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Kannnnn...
Kalau hak jantan tak de telor nak kawen 2,3,4 kemain lantang.. siap kata perempuan menolak hukum Allah...
Hak perempuan yang sepatutnya diberi, semua membisu seribu bahasa.. memang jantan² yang lantang bersuara semua tu sebenarnya pondan belaka... |
|
|
|
|
|
|
|
sheol ni jarang nak ada cerita hot dari zaman dulu lagi,
tetiba bila ada cite hot, cite psal kes serai.. kesian gak laa baca.
moga bertabah ya kak. fight selagi boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah... Hakimmmm tak kannnn nak makan kes sampai 8 tahunnnn oi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau macam kereta tu dah 8 tahun... kereta pun dah jadi besi buruk mcmmanooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn....giler apa kes peram sampai 8 tahun....
|
|
|
|
|
|
|
|
Xda anak pn smpai bertahun x setel2 lg..
Ni klu ada anak ntah berebut mcm mna xtau lh |
|
|
|
|
|
|
|
Biawak kah laki dia ni..biasa org cerai cpt2 settle kan harta sepencarian... Dia ni berlakon best,suka tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka Nama dia
Nama moden sangat di usia dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ya nama asal sheols. Dari dulu I suka sheols. Cantik jah. Muka classic Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak baca hujah2 jantan melayu tersakiti di fb sana kejap
|
|
|
|
|
|
|
| |
|