CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Popular Pertikai Usaha Diana Rafar Minta Duit Untuk Bantu Artis Veteran Susah

14-12-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29467| Komen: 37

Description: Diana Rafar terkilan ada artis popular yang mempertikaikan tindakannya membantu golongan artis yang kurang bernasib baik menerusi program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, baru-baru ini.
Diana Rafar terkilan ada artis popular yang mempertikaikan tindakannya membantu golongan artis yang kurang bernasib baik menerusi program Dari Poket Artis Ke Poket Artis, baru-baru ini.

Namun dia menerima setiap ujian itu dengan tenang kerana niatnya baik dan bukan meminta 'sedekah'.


Foto: IG

"Ada artis yang popular dan kaya-raya apabila saya hubungi, dia pertikai program yang saya anjurkan ini. Antaranya dia beritahu akan beri duit itu secara peribadi dan terpulang kepada keikhlasannya untuk menderma. Malah ada juga yang berniat untuk memberikan produk keluaran mereka.

"Saya sampai satu tahap berasa saya bukan meminta sedekah dengan mereka, tetapi saya minta sedikit ihsan untuk kita sama-sama menghargai dan beri mereka senyuman. Kalau setakat beri produk sendiri, mereka tak perlukan. Dalam situasi mereka sekarang, wang lebih menjadi keutamaan," katanya kepada Harian Metro.




Menurut Diana, biarpun berdepan ujian sedemikian, dia bagaimanapun bersyukur apabila ramai selebriti yang begitu pemurah dan mahu menyertai program terbabit pada masa mendatang.

"Kita tahu ramai artis-artis veteran ini sudah lama tidak bekerja dan tiada pendapatan. Jadi, program ini bagaikan gaji buat mereka. Apa salahnya sebagai artis muda kita sama-sama menghargai jasa mereka semua.



"Acara ini akan diteruskan lagi kerana saya menerima banyak permintaan daripada rakan-rakan selebriti yang mahu ikut serta dan beri peluang kepada orang luar yang ingin bersedekah.

"Saya beritahu mereka duit yang ingin disumbang jangan beri kepada saya, sebaliknya masukkan ke dalam sampul supaya tiada isu berbangkit. Saya juga beritahu kepada yang menderma ini kalau boleh datang ke program ini dan berikan sendiri sumbangan ini," katanya.


Pada program yang dianjurkan beberapa selebriti tampil menghulurkan sumbangan seperti Mila Jirin, Zizan Razak dan Syatilla Melvin.


Antara artis-artis veteran yang menerima sumbangan menerusi program Dari Poket Artis Ke Poket Artis ialah Jalil Hamid, Wan Maimunah, Mak Jah dan Zaiton Sameon. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-12-2023 09:25 PM
Ada akaun proper tak?
Kalau masuk akaun sundiri...hulur pung kat tangan Kau..supaya orang tak tau ..
Jumlahnya juga orang tak tau...
Kau sorang je yang tau...

Sebagai retis yang suka Minta sponsor...mmg patut la retis popular tu ragu2 dengan kau
Quote Rogue98 14-12-2023 09:27 PM
Dia tak tau ke skrg kecoh pasal kutip2 derma tak salur ke pihak yg sepatutnye. And also artis mmg takde EPF or pencen ke.
Quote kotakominami 14-12-2023 09:36 PM
Rasenye ok jer kalau artis tu ckp nk bagi duit secara personal...
Quote dagusengett 14-12-2023 10:46 PM
Pandai2 la nak buat kot lagumana asalkan takde hanky panky
Kalau dah nama artis tu mmg depa ingat depa special
I pernah promote event expo kat linda utk beli booth
Dia ckp kalau artis org akan sponsor booth depa
Im like nextttttt
Quote babynina30 14-12-2023 11:57 PM
dagusengett: Pandai2 la nak buat kot laguma ...


Seko lagi yg suka mintak sponser, yatt sejadah dgn sape plakon bdk tak sekolah yg belakon adegan panas aritu. Yih sgt
Quote msdummy.2018 15-12-2023 12:01 AM
Rogue98 replied at 14-12-2023 09:27 PM
Dia tak tau ke skrg kecoh pasal kutip2 derma tak salur ke pihak yg sepatutnye. And also artis mmg ta ...


Artis zaman jalil hamid duluh tuh mana dtgnya kwsp...baru2 10thn ke belakangan ni diaorg dinasihatkan untuk mencarum dan membayar cukaiiii

Cuma yalah, time kita tgh masyuk mmg kena beringt untuk hr tua..jgn menjoli
Quote NonaNaga 15-12-2023 12:29 AM
Biarlah retis kaya buat pilihan dia....dia tanak org tau...dan tanak ko terlalu limelight..
Quote mehmet 15-12-2023 06:38 AM
Buat majlis pun serupa nikah. Zuhud sangatlah.
Quote mehmet 15-12-2023 06:38 AM
Personal acct amat diragukan.
Quote mehmet 15-12-2023 06:50 AM
Edited by mehmet at 15-12-2023 06:53 AM
dagusengett replied at 14-12-2023 10:46 PM
Pandai2 la nak buat kot lagumana asalkan takde hanky panky
Kalau dah nama artis tu mmg depa ingat de ...


Duit orang pun nak aturkan. Apa perlu sebut artis kaya raya popular ? Bitter nya
Quote Cleocatra 15-12-2023 06:58 AM
Orang tak nak bagi duit melalui kau, eh dia pulak yang sentap. Bagi je la # akaun artis yang memerlukan tu. Duit terus ke dia. Kan senang gitu. Main dengan duit banyak2 ni, kang gelap mata
Quote dagusengett 15-12-2023 07:04 AM
Kutip duit letak dlm sampul camana nak audit benda tu
Kat ofis buat derma kilat utk rakan ofis pun urusetia jot down penyumbang sekian sekian
Bagi seringgit pun takpe asalkan dicatat
Quote MatDeghem 15-12-2023 07:12 AM
Retis yang bijak2 ....hulur aje terus pada mereka2 ini yang susah kalau ada nawaitu nak tolong. tak payah melalui acik rafar ini.

Quote elzy 15-12-2023 08:12 AM
Boleh pulak sesuka hati minta donation..
Quote wirazam 15-12-2023 08:29 AM
Rogue98 replied at 14-12-2023 09:27 PM
Dia tak tau ke skrg kecoh pasal kutip2 derma tak salur ke pihak yg sepatutnye. And also artis mmg ta ...

Betullah tuh..Ada org yg nak derma secara sorok sorok...ko buat rilex rilex dah lar..takyah nak komen itu ini kalau org x nak derma through ko pun
Quote codenamedream 15-12-2023 08:33 AM
dagusengett replied at 14-12-2023 10:46 PM
Pandai2 la nak buat kot lagumana asalkan takde hanky panky
Kalau dah nama artis tu mmg depa ingat de ...

Kejinya dorang..
Linda tu bukan boleh jual pun.

Quote me12345 15-12-2023 08:37 AM
Asalkan tak masuk acct ko laki bini ...
Quote selipar_hijau 15-12-2023 08:57 AM
program Dari Poket Artis Ke Poket Artis ni sape yg buat? benda pun mcm tak proper pastu sendiri yg sentap

Quote nonarona 15-12-2023 09:12 AM
betul la artis ternama tu ckp dia nak bg sendiri, at least duit tu smpi direct ke tangan artis yg memerlukan tu...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064527 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top