CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Larang Tapi Ayu Damit Tetap Buat Persembahan Selepas 3 Hari Bersalin

5-12-2023 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11045| Komen: 23

Kemunculan Ayu Damit menghiburkan tetamu sempena Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB yang berlangsung pada malam Isnin mencuri perhatian.

Mana tidaknya, Ayu baru sahaja bersalin anak keempat pada 2 Disember lalu namun masih kelihatan lincah ketika menyampaikan tiga buah lagu termasuk Hanya Di Mercu yang bernada tinggi.


Foto:mStar

Tetamu kagum dengan kemantapan vokal Ayu dan ada pula bimbang dengan kesihatannya memandangkan baru tiga hari melahirkan anak keempatnya.

Sedar ramai bimbang dengan keadaannya, Ayu atau Norayu Damit, 33, menjelaskan dia tetap muncul kerana sudah berjanji selain tidak menyangka akan bersalin lebih awal berbanding tarikh jangkaan.



"Job itu sudah 'lock' awal dan saya pun tak sangka akan bersalin awal. Selepas ini (sepanjang tempoh berpantang) tiada lagi sebab saya sudah tolak semua tawaran.

"Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur dan sebab itu saya pergi juga," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Ayu berkata, suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin pada awalnya melarang dia meneruskan persembahan namun memberi izin selepas melihat dia dalam keadaan baik.

Jelas Ayu, ini bukan kali pertama dia membuat persembahan ketika sedang berpantang dan bersyukur tiada perkara mudarat berlaku kepada kesihatannya.

"Suami larang bukan hanya sebab saya baru bersalin tetapi kami juga sudah lapan tahun tiada anak kecil, jadi dia agak bimbang.

"Syukur semuanya berjalan lancar. Saya pun cuba untuk tidak terlalu banyak bergerak dan ringkaskan persembahan.

"Ini bukan kali pertama saya menyanyi dalam tempoh berpantang dan selepas selesai tugas saya terus pulang," jelasnya.

Pada 2 Disember lalu, Ayu mengumumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Bayu perempuan seberat 2.3 kilogram ini dilahirkan secara normal pada pukul 1.21 pagi. 

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-12-2023 04:54 PM
Payment dah terambik awal & terguna lettuw..
Quote hyie 5-12-2023 08:44 PM
kenapa bukan sejurus selepas bersalin? baru vass gittew
Quote telracs 5-12-2023 08:55 PM
Suami larang, tapi tetap buat, tak berdosa ke?
Quote n3ar 5-12-2023 09:31 PM
ayu damnit ni artis hasil dari mana .AF? one in million .ke apa
Quote Piramida 5-12-2023 10:17 PM
telracs replied at 5-12-2023 08:55 PM
Suami larang, tapi tetap buat, tak berdosa ke?

"...... pada awalnya melarang dia meneruskan persembahan namun memberi izin selepas melihat dia dalam keadaan baik"

Tulisnya gitu you.
Quote Kebabomb 5-12-2023 10:27 PM
Harap Ko tak bentan dik..,.
Quote Cekgushilla 5-12-2023 10:30 PM
Bentan takpe lgi dia yang tanggung
Harap tka bwk balik  virus pelik ke bby  kt rumah tu
Pantang org dulu tak kuar umh salah satu sbb nk jauhkan bby dr virus yg senang berjangkit
Quote naina 5-12-2023 11:14 PM
Ehhhh buatnya tengah high note tu tombong terkeluar. Aduhh 3 hari tu masih terasa Lerr bawah tu..rahim pun tak naik betol lagi.
Quote Carcosa 6-12-2023 03:56 AM
Date dgn time anak dia keluar, cantik la pulok
Quote sukacactus 6-12-2023 06:25 AM
Sukati ko la kan
Kita jaga je la body & kesihatan masing2
Quote ashilalat 6-12-2023 06:42 AM
Jac dlu lagi vass..persembahan berskala besar sukan sea lagi kan lepas bersalin beberapa hari.
Quote KamikuP 6-12-2023 09:11 AM
nnTIO DAH TUO sakit sana sini.. sukatiko le
Quote cmf_premierleag 6-12-2023 09:13 AM
So ayu ni mmg dh jd jutawan ke sbb hadiah OIAM dulu 1 jota khueen???
Quote prince_marhaen 6-12-2023 09:29 AM
Edited by prince_marhaen at 6-12-2023 09:30 AM
cmf_premierleag replied at 6-12-2023 09:13 AM
So ayu ni mmg dh jd jutawan ke sbb hadiah OIAM dulu 1 jota khueen???

Masa menang OIAM tu dia tak dapat sekelepuk RM1juta, dia dapat half cash & half management contract, recording single, MV produce & lain2 tajaan bukan wang tunai. So masa tu belum jutawan bebetul lah, half million je. Cuma lepas sendu 7-8 tahun sebab marketing & promo sendu, dia buat bisnes, bukak ladang cili, terung, timun dan tembikai, & kebun durian. Meniaga ngan suami dia. Rasanya dah jutawan dah kot dia rolling2 invest beberapa tahun. Pastu baru muncul balik lepas renovate imej sikit. ehehe..
Quote Kancilkering 6-12-2023 09:34 AM
ayu damıt dina …arwah dibah…retis retis yg berbakat…passionate nyanyi….
Quote supernaturalee 6-12-2023 09:36 AM
ashilalat replied at 6-12-2023 06:42 AM
Jac dlu lagi vass..persembahan berskala besar sukan sea lagi kan lepas bersalin beberapa hari.

i was there
not in labor room la
dlm stadium bukit jalil mlm closing sukan sea
vokalnya tetap ampuh despite br bersalin

tapi tu lah adakah related dgn ni bila vokal jac tak seampuh dulu
selain faktor usia
tp body jac maintain meletop
dress kt gv semua vass2


Quote sangbara2020 6-12-2023 09:39 AM
sok2 ada lak yg lawan..tgh nak beranak sempat buat show...kot la ada
Quote supernaturalee 6-12-2023 09:42 AM
prince_marhaen replied at 6-12-2023 09:29 AM
Masa menang OIAM tu dia tak dapat sekelepuk RM1juta, dia dapat half cash & half management contract ...

awal2 menang tu mcm2 org duk bercakap psl sheols culture shock bagai
tup tap tup tap kawen
mmg sendu terus kerjaya
pencapaian terbaik masa tu finalis ajl lagu hanya di mercu tu
despite crack masa sfmm sbb lagu best, lirik pun kak chah pny
& of kos rezeki
merasa la jgk sheols debut single smpi ajl

but sheols senyap2 bangun balik dgn jd petani
maybe suami la kot pandai merencana


Quote royaldanish 6-12-2023 09:47 AM
tak buat takde duit masuk…
pandai2 ko la dik jaga badan

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top