CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

5 Sekawan Memang Sejak Awal Tak Mahu Teruskan Perbicaraan

5-12-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25004| Komen: 193

Description: Syura Badron meluahkan rasa syukur apabila saman fitnah difailkan Siti Nordiana terhadap dia dan empat lagi rakannya berakhir dengan mereka bermaaf-maafan pada Selasa.
Syura Badron meluahkan rasa syukur apabila saman fitnah difailkan Siti Nordiana terhadap dia dan empat lagi rakannya berakhir dengan mereka bermaaf-maafan pada Selasa.

Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, penyelesaian secara baik di antara semua pihak adalah perkara diinginkan sebelum kes tersebut diteruskan ke peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Gambar: mStar

"Alhamdulillah, ini yang kita harap daripada awal lagi... Sebelum kes ini berjalan sebenarnya. Apa yang kita inginkan dapat dicapai hari ini.

"Kalau ikutkan memang tidak mahu teruskan perbicaraan sejak daripada awal tetapi apabila ada perkara yang perlu kita ikut, sampai ke sini (perbicaraan).
"Tidak sangka hari ini kita dapat penyelesaian," katanya kepada mStar.

Pada prosiding itu, Siti Nordiana, 39, membuat permohonan maaf kepada lima defendan dalam kes saman berkenaan selain menyatakan dia memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.


Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad kemudiannya membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

Dalam pada itu, penyanyi Lan Solo memberitahu sejak awal dia sudah bersedia berdepan dengan tempoh panjang perbicaraan kes tersebut.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila semua pihak memilih jalan pendamaian bagi menyelesaikan isu di antara mereka.

"Sebenarnya kami pun dalam keadaan bersedia untuk dipanggil beri keterangan pada bila-bila masa dan Alhamdulillah penyelesaian dapat dilakukan hari ini," ujarnya.

Sementara itu, peguam Siti Nordiana iaitu Ahmad Syaifulbakri Mohamed memberitahu disebabkan kes sudah berlarutan terlalu lama membuatkan penyanyi terbabit bersetuju menyelesaikan kes saman itu dengan baik.

Ahmad Syaifulbakri memberitahu perbicaraan yang berlangsung ketika program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) membuatkan fokus Siti Nordiana terganggu.

"Sebenarnya ia sudah berlarutan lama iaitu sejak 2021. Jadi kita fikir untuk move on dan cari satu penyelesaian dengan pihak defendan dan hasilnya dapat kita lihat hari ini.

"Memang kita akui, kes yang sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen dan dibawa ke Mahkamah Tinggi menyebabkan kelewatan. Ia melibatkan kos dan Siti Nordiana sendiri berasa penat.

"Siti Nordiana pun sibuk dengan persiapan ASGV yang diadakan ketika perbicaraan sedang berlangsung... Jadi dia berasa penat," ujarnya.

Siti Nordiana bersama dua peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin (kiri) dan Ahmad Syaifulbakri (kanan).

Siti Nordiana bersama dua peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin (kiri) dan Ahmad Syaifulbakri (kanan).

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44.

Siti Nordiana ketika ditemui media selepas  kes saman fitnah selesai.

Siti Nordiana mahu beri fokus kepada pertandingan akhir ASVG selepas kes mahkamah selesai.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. 

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bungarose 5-12-2023 04:27 PM
Nana nih jenis baik
Sangat tak sesuai berkawan dengan manusia jahat
Quote Buritan 5-12-2023 04:38 PM
Nak buat cmn org jahak ramai..
Quote beni_nikaido 5-12-2023 04:54 PM
aih.....Beni pulak yg frust sbb nana tak jadi saman hahaha
Quote Nozot 5-12-2023 04:56 PM
Last - last nampak nana yang jahat..takpe nana..mengalah tak bererti kalah. Tak luak pun diorg tak ada.
Padan muka syura kena kecam dengan netz, direct netz sekolah syura..mengumpat live kot jahat sangat. Memang niat nak jatuhkan nana la tu
Quote anaros 5-12-2023 05:10 PM
boikot je 5-5 monyet tu..buat smpi dowg terduduk...benci betul laa tgk 3 org tu
Quote manehnya 5-12-2023 05:12 PM
since day one konon,

eh mmg la x nak teruskan sbb bukti ADA

yg tak jadi hari ni sebab plaintiff yg tak nk teruskan, kalau dia buat gak jd cam kes eira azira lwn kak pesuruhjaya sumpah tu, haa menang dan kena byr damage RM100K

sakit la mata nengok 5sekawan ni, tambah2 si nasi tambah bini L tu
Quote September14 5-12-2023 05:14 PM
Nozot replied at 5-12-2023 04:56 PM
Last - last nampak nana yang jahat..takpe nana..mengalah tak bererti kalah. Tak luak pun diorg tak a ...

Iols nampak nana yg baik tp iols x minat nana sbb suara lembik
Quote Dolmat 5-12-2023 05:15 PM
Edited by Dolmat at 5-12-2023 05:20 PM

Saman pun tak balik modal punnnnnn mana bayar lawyer fee bagai ...
Lawyer yg masyukkkkk...

Dah saman mintak macam2 abis sendiri yg mintak maaf dulu nak berdamai??
Aduhaiiiii muliaaaaa nya hatiiiiii....
Dan macam2 alasannnn pulak bagi.. nak focus final AGV, menunggu lama kes dua tahun,

Alasan yg di beri tak logic tak masuk akal ..





Quote sharlenetexas 5-12-2023 05:16 PM
Korang buatlah lagi kalau tak serik.


Quote MatDeghem 5-12-2023 05:17 PM
Memang lah kau takmo teruskan...kau defendant. Kau yg kena saman.  Bodoh. Dah lah bodoh, jahat.
Quote I.K.A888990 5-12-2023 05:19 PM
menyampah menyampah
Quote beni_nikaido 5-12-2023 05:21 PM
tak baik doakan buruk2 pasal orang tapi untuk yg 3 ketul ni....hmmmm
Quote solarlunar 5-12-2023 05:21 PM
Edited by solarlunar at 5-12-2023 05:32 PM
MatDeghem replied at 5-12-2023 05:17 PM
Memang lah kau takmo teruskan...kau defendant. Kau yg kena saman.  Bodoh. Dah lah bodoh, jahat.


MTE Bang Mat. Die mmglah taknak teruskan sbb die tertuduh.

Lain lah kalu Nana yang taknak teruskan. Adoilah. Dlu wt kenyataan maafkan sesiapa yang wt salah dgn die.

Play victim padahal die dok umpat org.
Quote MatDeghem 5-12-2023 05:21 PM
Dorang masih rasa tak bersalah. Tak bersalah berjemaah mengutuk nana. Di tutup hijab nya.
Tak insaf. Semoga Allah tutup pintu rezeki 5 sekawan ini.
Quote Mary_jane 5-12-2023 05:25 PM
Tapi netz kecam teruk kan 5 sekawan ni. Moga takde yang #koyak spenda.
Quote MatDeghem 5-12-2023 05:25 PM
solarlunar replied at 5-12-2023 05:21 PM
MTE Bang Mat. Die mmglah taknak teruskan sbb die pesalah.

Lain lah kalu Nana yang taknak teruskan ...

Ini nama nya bodoh. Memang Allah nak tunjuk kebodohan nya.
Quote Nozot 5-12-2023 05:29 PM
Edited by Nozot at 5-12-2023 05:34 PM
September14 replied at 5-12-2023 05:14 PM
Iols nampak nana yg baik tp iols x minat nana sbb suara lembik


Sama la kita tak minat dia sebab dia leman sangat..lagu dia yg kita minat bola - bola api n dengan acik jac tu, yg lain tu ampun. Dengar intro pun auto menguap
Respect juga dengan dia sebab join tadarus dulu kat TV9 kalau tak silap. Bagus dia, walau dulu ada isu hilang arah jap. Tapi itu dulu. Rasanya dia boleh catch up balik sekarang maybe sebab dia jenis mengaji quran. Tapi tak pernah nak claim terpaling beriman.
Quote Nozot 5-12-2023 05:32 PM
beni_nikaido replied at 5-12-2023 04:54 PM
aih.....Beni pulak yg frust sbb nana tak jadi saman hahaha

Sama la..walau iols bukan peminat nana, cuma respect dengan dia, kuat betul semangat dia. Terbuka hati nak tengok ASGV nie sebab nana..hahahahahaha. cantik dia lately nie
Quote doubleA 5-12-2023 05:34 PM
Kalau tak insaf gak lagi2 3 org tu tak tau lah. Mendongak sgt lankarat laki bini dgn zuraidah ni. Camana korang tido malam masih berasa di pihak yg betul ke

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081126 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top