BEIJING – Sepasang kekasih di Beijing, China baru mengetahui tersilap minum, masak dan mandi menggunakan air tandas selama enam bulan. Mirror UK melaporkan, Tan dan teman wanitanya kehairanan apabila mereka mula mengalami masalah kesihatan sejak berpindah ke rumah baharu pada Mei lalu.
Lelaki itu mengalami masalah keguguran rambut dan jerawat yang teruk, manakala teman wanitanya mengalami batuk dan rasa keradangan di dada. Selepas beberapa bulan, Tan semakin hairan apabila bil air kediaman mereka tidak dipotong walaupun masih belum membuat sebarang pembayaran. Mereka juga mendapati meter air tidak berganjak walaupun menggunakan air pada setiap hari. Selepas memanggil tukang paip, mereka terkejut apabila menemui sebatang paip yang menghubungkan air di tandas dan paip air utama. Pasangan itu diberitahu bahawa mereka telah menggunakan campuran air paip dan air tandas untuk minum, masak dan mandi.
Paip tersebut kemudian dibetulkan, manakala Tan segera meminta ganti rugi daripada firma sewa rumah itu. – CARI Sumber: Kosmo
|
antikorok replied at 29-11-2023 08:11 PM
Made in PRC recycle dari lobang kumbahan puaka tersengih sinissss
antikorok replied at 29-11-2023 08:11 PM
Made in PRC recycle dari lobang kumbahan puaka tersengih sinissss
ipes2 replied at 30-11-2023 03:56 AM
yarrrrrr!!! biar benar ..
mana ada apa2 kerajaan dalam dunia ini yg benarkan benda sebegini
PRC pu ...
shamsadis replied at 30-11-2023 11:28 AM
China biasalah, bangunan made in China...
antikorok replied at 2-12-2023 05:39 PM
Gomen PRC ni tutop sebelah mata jah.
Sedangkan data statistik Covid-19 pun dorang tipu sorok drpd u ...
ipes2 replied at 3-12-2023 11:32 PM
yarrr!!! biar benar arghghh
tentu dia marah pada building management ke apa tu
eeeeeii ...
shamsadis replied at 4-12-2023 08:34 AM
kenapa video Twitter (X) tak appear?
ADVERTISEMENT