CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyewa Wanita Pengotor- Bilik Sewa Penuh Sampah, Jadi Sarang Pembiakan Ular, Cacing Dan Tikus

29-11-2023 08:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2248| Komen: 7

Description: BANGKOK – Seorang tuan rumah di Thailand terkejut apabila mendapati sebuah bilik yang disewakan kepada seorang wanita dipenuhi sampah dan menjadi tempat pembiakan serangga.
BANGKOK – Seorang tuan rumah di Thailand terkejut apabila mendapati sebuah bilik yang disewakan kepada seorang wanita dipenuhi sampah dan menjadi tempat pembiakan serangga.

Thaiger melaporkan bilik yang disewakan kepada wanita berusia 42 tahun itu menjadi sarang pembiakan ular, cacing dan tikus.



Foto: Khaosod

Menurut Namwan Panadda, qalaupun wanita itu bekerja sebagai seorang penjawat awam, bilik itu telah diabaikan selama dua tahun. Anehnya, kos sewa sebanyak 1,500 baht (RM201) masih dibayar pada setiap bulan.

Sampah di dalam bilik itu didapati dilonggok mencecah siling dan dipenuhi serangga. 

Namwan dan suaminya kemudian menghabiskan lebih 3,000 baht (RM402) untuk membersihkan bilik itu selain mengisi sampah tersebut di dalam 250 beg dan membuangnya.

Bagaimanapun, Namwan dihubungi penyewa tersebut dan dia dituduh menceroboh bilik yang dipenuhi barang berharga.


Disebabkan keadaan bilik yang menjejaskan penyewa lain, dia membuat laporan di Balai Polis Hua Mak. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-11-2023 08:13 PM
Gila ni ada bermacam jenis gila.

Ada yang gila kumpul betina.

Ada yang gila kumpul harta.

Ada juga yang gila kumpul sampah - ini la gila paling takda pekdah.
Quote naina 29-11-2023 08:19 PM
Omg. Dia menyewa hanya untuk simpan sampah ke.? Ada jugak ya..
Quote ipes2 30-11-2023 04:54 AM
yarrrrrr
Quote liyamariska 30-11-2023 05:14 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

lagi bermasalah dgn delulu hoarder yg menyusahkan...
Quote namr 30-11-2023 12:05 PM
kasi bakar settle
Quote ReginaGeorge 30-11-2023 01:38 PM
Dengan tuan badan sekali masukkan dalam plastik hitam. Pastu incenerate. Abu buang dalam jamban.
Quote Jitu 30-11-2023 02:02 PM
acik2 yg suka bt koleksi bekas2 plastik yg dapat setiap kali beli makanan
tak nak buang kekonon sayang

sila ambil iktibar takut nnt jd mcm ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.197128 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top