CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhubung Dengan Kekasih Lama Punca Cerai Meningkat Di Terengganu

29-11-2023 07:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2573| Komen: 17

Description: Kuala Terengganu: Isu perceraian yang berlaku di Terengganu tahap membimbangkan apabila merekodkan 1,855 kes iaitu peningkatan kepada 20 peratus daripada 9,075 perkahwinan tahun ini berbanding tahun l ...
Kuala Terengganu: Isu perceraian yang berlaku di Terengganu tahap membimbangkan apabila merekodkan 1,855 kes iaitu peningkatan kepada 20 peratus daripada 9,075 perkahwinan tahun ini berbanding tahun lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim berkata mengikut data seramai 11,246 perkahwinan tahun 2022, namun berlaku perceraian 1,656 kes iaitu 14.7 peratus.

MALIAMAN berucap pada sesi pengulungan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama di Wisma Darul Iman. FOTO Faizul Azlan Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil itu berkata isu terbabit satu perkara yang perlu ditangani bersama kerana isu perceraian dan rumah tangga ini isu yang membabitkan semua pihak dari komuniti hingga ke pihak tertinggi kerajaan.

"Kalau kita kaji dari sudut sebab memang banyak sebab dan mengikut pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang merekodkan pasangan mahu bercerai akan dipanggil untuk proses kaunseling kadang-kadang menyembunyikan sebab sebenarnya.


"Bagaimanapun, kebanyakannya boleh kita kategorikan antaranya masalah pegangan agama yang lemah menyebabkan berlakunya gangguan dan juga pengaruh-pengaruh luar cepat masuk ke dalam rumah tangga yang membabitkan ahli-ahli keluarga, suami isteri yang muda dan bebanan masalah ekonomi, kewangan serta pengaruh media sosial.

"Malah, pengaruh media sosial mencatatkan yang sangat mencemaskan kita yang mana ramai yang bercerai apabila berjumpa dengan kekasih lama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu perceraian yang dibangkitkan oleh Ahmad Shah Muhamed (PAS-Bandar) dalam sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Mengulas lanjut, Maliaman berkata, beliau sendiri juga rasa tercabar kerana menjadi pengerusi portfolio keluarga dan pembangunan wanita.

Beliau berkata, masalah perceraian ini akan memberi kesan kepada sosial kepada keluarga khususnya kepada anak-anak.

"Pengalaman saya sebagai guru apabila berlaku perceraian ibu bapa, anak-anak akan terkesan sangat parah sehingga menyebabkan berlaku yang hampir mahu bunuh diri pun ada kerana tekanan yang mereka dapati daripada perceraian ibu bapa.

"Jadi, Insya-Allah isu ini akan diambil berat oleh pihak kerajaan dan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) juga sudah merancang pelbagai rangka program bersama dengan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) untuk ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat dan membudayakan wanita menjadi tulang belakang kepada rumah tangga," katanya.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-11-2023 07:44 PM
Sabrina kekasih lama.


Quote hudalarva 29-11-2023 10:08 PM
i ada terbaca juga pasal kisah reunion sekolah... titik mula kekaseh lama bertaut kembali... for me, just avoid lah reunion tu... save your marriage biar lah orang nak kata u sombong pun...
Quote mojarean_X 29-11-2023 11:38 PM
Teringat kot zaman2 memadu kasih ketika muda belia dan bergetah dulu. Ala2 bennifer kot
Quote edayildiz 30-11-2023 12:14 AM
terengganu mendunia skrg..mcm mcm hal..
Quote apam 30-11-2023 12:34 AM
Eloklah terengganu tinggalkan ajaran islamg ala presideng pas tu. Kembali kpd ajarang islamg yg sebenarnya yg penuh ihsan, rahmah, kaseh sayang, memaaf. Bukan asyik nk menghukum dan mngkapirkan org kulu kilir. Guna dalil dan ilmu agama utk kepentingan politik dan mencari kemenangan bukan untuk kebenaran. Camgitulah ajaran islam pas
Quote ipes2 30-11-2023 03:50 AM
ha ha
inilah masa nya bila tetiba seseorang tu akan kata 'eh i dulu suka you and then you cakap, laaa, i pun suka u tapi segan nak cakap', kan? dan semuanya kelaut after
Quote Nurdianah 30-11-2023 01:48 PM
Quote juruterra 30-11-2023 02:09 PM
x faham dh tua2 bangsa sibuk berunion tingat kisah lama bagai. korang xde life ke...org lain dh moved on.
Quote salimrock 30-11-2023 03:07 PM
korang couple dgn ex gf zaman skolah, uni tak bosan ke?

nnti kt romah cerita benda2 lama...


Quote salimrock 30-11-2023 03:09 PM
kawan wa ada nasihat


tak perlu la sambung balik dgn kekasih lama, diorang tu ada ada anak, laki

farash pn dah koyak...

dulu masa seklah sibuk nak cari awek yg dara,

skrg dah 40 an nak cari yg farash koyak pulak, buat geli2
Quote bakawali_04 30-11-2023 03:40 PM
nama pun dah ex
kalau nak dulu2
dah jadi dah
kenapa sampai jadi ex
itu dah mmg tanda2 setakat itu aje la
dah tua - tua sibuk nak bertaut semula
dah kenapa
Quote ifanonline 30-11-2023 03:43 PM
tino ghanung dgn kelate kopek besar besar
Quote ifanonline 30-11-2023 03:43 PM
bakawali_04 replied at 30-11-2023 03:40 PM
nama pun dah ex
kalau nak dulu2
dah jadi dah

nak rasa burit tua pula
Quote B40tastePosh 30-11-2023 03:58 PM
Budaya Melayu Islam macam tu ke berhubungan dgn ex gf/bf untuk mengekalkan silaturrahim sesama bugh3t-kon3k sehingga bercerai dgn pasangan halal??
Quote TeropongThaico 30-11-2023 04:13 PM
Gatal.

Tu je nak cakap tp Cari ni soh bebel panjang le pula
Quote areyam 30-11-2023 04:36 PM
sama laa dulu pun 'tereunion' dgn rakan sekelas.... nasib laa 2-2 bujang... melekat terus laa...
Quote nw111 30-11-2023 04:38 PM
hudalarva replied at 29-11-2023 10:08 PM
i ada terbaca juga pasal kisah reunion sekolah... titik mula kekaseh lama bertaut kembali... for me, ...

I mmg suka pegi reunion sekolah...reunion kami mmg happening ..semua dress up melaram habis..nasib all girls school..so takde la kes sangkut balik dgn old flame...
Reunion uni i pegi jugak... setakat tgk muka pakcik2 yg menua sblm waktu je laa..yg pompuan lawa2 lagi...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.063846 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top