Tindakan seorang netizen bertanyakan soalan mengenai penceraian mengundang rasa kurang senang pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Berang dengan soalan yang diajukan itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, meminta supaya individu menggunakan nama Mira itu untuk keluar daripada siaran langsung yang dilakukan di apilkasi TikTok itu.
Malah, Wawa menyifatkan individu yang menulis soalan tersebut sebagai individu bermulut jahat. "Aiyo, jahatnya mulut. Mira, awak tidak layak berada di dalam siaran langsung ini. Sila keluar okay," katanya. Rakaman video pertanaan wanita itu di kongsi semula pengguna akaun @wawacosmetics.my pada Rabu.
Dalam sedutan klip itu juga Aeril dilihat terkejut dengan soalan yang diajukan netizen berkenaan. Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa puas hati dengan respons diberikan Wawa dan Aeril. Ada juga yang mendoakan agar pasangan itu kekal bahagian hingga akhir hayat. Sumber: mStar
|
likilu replied at 29-11-2023 07:33 PM
Tanya salah tak tanya salah
twins replied at 30-11-2023 11:22 AM
ko biar betul ? memang la salah tanya macam tu...
walaupun org yg bermasalah rumantangga sekalipu ...
AWEKSAMURAI replied at 30-11-2023 05:09 AM
Ati itam aku rasa ' mira' tu netizen upahan dia saja je masuk live ckp gitu supaya ada benda n cerit ...
likilu replied at 30-11-2023 12:56 PM
Amboi marah kat sapa ni? Mesti pagi tadi skip breakfast kan, sebelum lunch dah lapar cari orang je ...
ReginaGeorge replied at 30-11-2023 01:15 PM
Kan? Hati hitam i pun berbisik sedemikan. Tiap kali diorang live, agent2 upahan diorang jugak yg b ...
myakayina replied at 30-11-2023 04:29 PM
marketing or real ni?
ADVERTISEMENT