CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tamak Nak Duit Cepat, Abby Abadi Masuk Perangkap Scammer, Lesap RM18,500

29-11-2023 08:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12770| Komen: 141

Description: Ditipu oleh skim pelaburan atas talian, Abby Abadi tampil membuat laporan polis.Mengakui ia daripada kecuaian sendiri, Abby mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM18,500.Foto: IG"Baran dah data ...
Ditipu oleh skim pelaburan atas talian, Abby Abadi tampil membuat laporan polis.

Mengakui ia daripada kecuaian sendiri, Abby mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM18,500.

Foto: IG

"Baran dah datang. Memang rasa sangat lebur duit aku dengan geng scammer ni. Baru tengah hari tadi (Rabu) ke balai polis buat laporan. Melampau sangat scammer berleluasa sekarang.

"Doakan saya dapat semula duit. Pernat kerja. Kecuaian diri sendiri, harap tak lebur (duit) begitu sahaja," katanya di IG.



Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi laporon polis yang dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor.

Menurut Abby, dia pada awalnya sekadar menyertai kumpulan pelaburan tersebut dan hanya memerhati perbualan ahli sebelum yakin melakukan transaksi berjumlah RM4,000 sebagai pulangan.

Bagaimanapun pihak terbabit turut meminta wang berjumlah RM14,500 yang dikatakan kos untuk pelaburan.



"Dipendekkan cerita lepas letak RM4,000 katanya tak perlu buat apa-apa, tetapi rupa-rupanya kena bayar lagi RM14,500 untuk kos seterusnya.

"Dah rasa macam kena scam, tetapi duit punya fasal dan mereka punya sembang bukan main lagi. Tertipu lagi akhirnya," ujarnya.



Dalam pada itu, Abby turut memuat naik tangkap layar bersama individu daripada kumpulan pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan sebanyak RM14,500 selepas tiga jam membuat transaksi pertama.

Abby bagaimanapun bertindak membuat laporan polis selepas pihak terbabit meminta dia melakukan transaksi kali ketiga berjumlah RM29,770 untuk urusan pemindahan wang daripada bank.

"Inilah bahana kalau tidak pernah merasa cukup. Walau nampak macam tipu tetapi terfikir betapa mudah dapat pulangan secepat itu.

"Terfikir-fikir untuk melabur... terjebak juga akhirnya. Nampak macam pelik tetapi kalah juga dengan permainan mereka," ceritanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 29-11-2023 08:03 PM
Dasar bodoh kan. Padan muka.
Quote yylkasy 29-11-2023 08:08 PM
Dah tua pun bodoh takleh fikir logik
Quote swimswim 29-11-2023 08:24 PM
Tu la lain kali masuk tiktok tu jgn tgk benda masak la, makan la. Cuba follow rahmatfitrilawanscammer.
Quote aemon 29-11-2023 08:25 PM
Ustagajah tak tahu hukum ke duit cepat sumber syubhah?
Quote sharlenetexas 29-11-2023 08:25 PM
Amboi kening. Pantis sikit2 je lah.


Quote makneng 29-11-2023 08:25 PM
Eh tak kan lah terpaling alim tamak duet…sorry mak tak caya…ini semua pitenoh…
Quote sharlenetexas 29-11-2023 08:26 PM
swimswim replied at 29-11-2023 08:24 PM
Tu la lain kali masuk tiktok tu jgn tgk benda masak la, makan la. Cuba follow rahmatfitrilawanscamme ...

Abam polis tu.


Quote ReginaGeorge 29-11-2023 08:29 PM
Eh, ingat kan pintar. Bodoh jugak ye dah tua pon
Quote swimswim 29-11-2023 08:35 PM
Edited by swimswim at 29-11-2023 10:26 PM
sharlenetexas replied at 29-11-2023 08:26 PM
Abam polis tu.


Yuppsss betul. Ada a few police yg aktif dlm tt, tp i suka dia ni sbb lwk sikit penyampaian dia.

Just to share gist of thgs that he always repeat is any unsolicited invitation masuk telegramz is 100% scam.
Quote annadonna 29-11-2023 08:37 PM
Hmmmm... Berbuih dah PSA bagitau pasal taktik scammer. Masih bodoh.
Quote naina 29-11-2023 08:37 PM
Allahu..dalam Telegram aku pun ada macam ni
Berderet ya bgtau dorang berjaya dapat pulangan berganda2. Kita yang tengok pun ehh cepatnya. Mudahnya..
Nasib la boleh berfikir waras lagi. Mana ada duit senang masuk untung berganda cmtu. menipu je
Quote slyfynx 29-11-2023 08:40 PM
One word "STUPID"
Quote oggy 29-11-2023 08:51 PM
Kan dah rugi.. duit banyak tu dah boleh pegi holiday mewah2 dah.
Quote pocongkiutss 29-11-2023 08:52 PM
Astaga..tak sangka dia b0d0
Quote emera 29-11-2023 09:01 PM
Hidung dia mcm sama dgn hidung royani.
Quote Carcosa 29-11-2023 09:14 PM
Eh si bodoh. Padan dgn muka kau, wahai si bodoh.
Bende dah seni zaman berzaman Tokki, scammer buat bende ni. Tulah. Lain kali, byk kan membaca.
Jgn nak berjimakkkk je kerja ngko. Badan dah mcm badak.
Quote Diamondmoney 29-11-2023 09:23 PM
Bakyah dgn bodo berpisah tiada.
Quote Manusiabesa 29-11-2023 09:33 PM
Kahkahkah ni balasan sbb kau bekap anak kau buat maksiat dan runtuhkan msjid org. Bekas bini laki tu mesti tgh senyum lebor baca news ni yebbi oi..

Malang btul aku nengok hidup kau nyah.. dulu laki xlekat..laki lari tgh mlm.... pas kawen baru pun nmpk hati ko xtenang lg.

Dpt anak, anak buat hall..conteng arang kt muka ko smpai kiamat bau busuk. 1mlysia brcakap2 ko ada anak bitch.

Skrg kena scam pulek.. malangnya ko.. ko xg mndi bunga ke nyah?? Kl byk spa sauna. Ko g la jp berendam dlm rendam 21jenis bunga. Kot2 shiall hilang.
Lesson here is actually wahai smua mnusia...korg jaga la mulut lidah pecakapan .jgn bermulut celupar mcm ini worang.

Yehh . Kosserr.
Quote SpyLeman 29-11-2023 09:52 PM
Ternyata Bakyah mmg bodow. Boleh ek dia termakan dgn ayat blh cepat kaya dlm 3 jam? Ko buat anak pun kena tggu anak berudu masuk membiak at least 2-3 minggu baru tahu berhasil ke tidak.
Bodoh piang sgt ko ni bakyah

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.062863 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top