CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakit Tak Boleh Berlakon, Mak Jah Terima Sumbangan Daripada Anwar Ibrahim

29-11-2023 08:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2428| Komen: 6

Description: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.

Di Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelakon itu di Cheras pagi tadi.



Foto: FB

"Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.

"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepadanya bagi membantu urusan perubatan Mak Jah."

Perdana Menteri turut mendoakan agar Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, Mak Jah, 74, mendedahkan beliau sudah tidak mampu menerima tawaran lakonan gara-gara masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. -CARI

Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 29-11-2023 11:08 PM
Alhamdulillah...
Quote babelina 30-11-2023 10:14 AM
Ya Allah syukur.. moga mak jah diberi kesembuhan dgn cpt dan dpermudahkn segalanya.. amin yra..
Quote telracs 3-12-2023 05:32 PM
Mak Jah ni berlakon bagus.
Menjadi.
Watak baik ok, watak jahat pun ok.
Quote harkktuih 3-12-2023 05:53 PM
Mcm jarang dgr acik ni merintih compare acik lg sorang tu
Quote sleepandream 3-12-2023 06:30 PM
74 ropernye mak jah... iols ingatkan ujung 50an/awal 60an gitu...
semoga dipermudah ye mak jah
Quote soulmatte 3-12-2023 06:35 PM
Dah tak payah berlakon lagi mak jah, berehat lah dan fokus pd amal ibadah..semoga dikurniakan kesihatan yang terbaik agar dpt beribadah dgn sempurna..Aamiin

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044233 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top