View: 2466|Reply: 6
|
Sakit Tak Boleh Berlakon, Mak Jah Terima Sumbangan Daripada Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon veteran Maimunah Ahmad, atau Mak Jah, yang berdepan masalah kesihatan.
Di Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi pelakon itu di Cheras pagi tadi.
Foto: FB
"Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf yang menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia perfileman.
"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepadanya bagi membantu urusan perubatan Mak Jah."
Perdana Menteri turut mendoakan agar Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
Baru-baru ini, Mak Jah, 74, mendedahkan beliau sudah tidak mampu menerima tawaran lakonan gara-gara masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah syukur.. moga mak jah diberi kesembuhan dgn cpt dan dpermudahkn segalanya.. amin yra.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak Jah ni berlakon bagus.
Menjadi.
Watak baik ok, watak jahat pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm jarang dgr acik ni merintih compare acik lg sorang tu |
|
|
|
|
|
|
|
74 ropernye mak jah... iols ingatkan ujung 50an/awal 60an gitu...
semoga dipermudah ye mak jah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak payah berlakon lagi mak jah, berehat lah dan fokus pd amal ibadah..semoga dikurniakan kesihatan yang terbaik agar dpt beribadah dgn sempurna..Aamiin |
|
|
|
|
|
|
| |
|