CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akhirnya Impian Nasha Aziz Nak Ke Makkah Tertunai

29-11-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5994| Komen: 35

Description: Nasha Aziz, 52, bersyukur impiannya untuk berada di Makkah selama sebulan bagi mengerjakan ibadah umrah hujung Disember nanti menjadi kenyataan.
Nasha Aziz, 52, bersyukur impiannya untuk berada di Makkah selama sebulan bagi mengerjakan ibadah umrah hujung Disember nanti menjadi kenyataan.

"Saya akan pergi bersendirian. Ia sebenarnya satu hikmah yang saya peroleh di sebalik pelbagai ujian yang dihadapi sebelum ini.



Foto: IG

"Ini adalah salah satu doa saya yang Allah dengar di mana doa ini saya sudah panjatkan sebaik saja selesai menjalani penggambaran sebuah drama rantaian tahun lalu.

"Saya rancang nak gunakan baki bayaran daripada projek ini untuk tujuan itu dan meletakkan harapan menggunung.

"Tambah pula, penerbit drama itu juga berjanji akan membantu untuk membuat urusan tempahan ke sana," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, impian itu berkecai apabila penerbit terbabit tidak menunaikan janji selain memberikan alasan berada di negara jiran.

"Saya akan terus menuntut hak saya. Namun atas rezeki Allah, saya tetap diundang juga untuk menjadi tetamu-Nya. Dia bagi rezeki lain yang membolehkan saya untuk menunaikan impian saya itu.


"Insya-Allah, saya akan berangkat ke Makkah pada 26 Disember ini selepas penggambaran telefilem ini

selesai. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan saya pun dah berjaya ambil visa pelancong," katanya.

Nasha berkata, dia jarang membelanjakan wang hasil lakonan dan peragaan untuk bercuti kerana lebih mengutamakan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan perkara yang sepatutnya.

"Inilah pertama kalinya saya gunakan wang dari hasil titik peluh untuk ke luar negara. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri, jika saya dapat satu tawaran yang besar, percutian pertama saya untuk terapi diri, saya mahu ke Makkah.

"Inilah rezeki saya yang sepatutnya adalah dari hasil kerja saya sebelum ini. Pada mulanya saya sangka impian itu tak kesampaian apabila hutang yang sudah setahun tertunggak itu tidak dijelaskan.

"Apabila dapat tawaran besar ini, saya kena tunaikan perjanjian dengan diri sendiri. Dengan visa pelancong juga, saya berpeluang melawat banyak tempat di sana," katanya.

Telefilem genre seram terbitan Quiara One Production itu turut menampilkan lakonan Datuk Syafinaz Selamat, Azri Iskandar, Rushdi Ramli, Jaa Suzuran dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 29-11-2023 07:06 PM
Alhamdulillah.
Selamat menjadi tetamu Allah.
Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan pergi, ketika di sana dan selamat kembali ke tanah air.
Quote makadek 29-11-2023 07:23 PM
Aik berpuluh tahun model tkkan sengkek acik nasha
Quote 3chanceno 29-11-2023 08:12 PM
Alhamdullilah......semuga selamat menjalani ibadah umrah..
Quote ninja boy 29-11-2023 09:49 PM
Ai muskil kerja2 kemain lama boleh kata 1st time umrah dan melancong  
Quote katak hijau 29-11-2023 09:53 PM
ninja boy replied at 29-11-2023 09:49 PM
Ai muskil kerja2 kemain lama boleh kata 1st time umrah dan melancong

Kita tak tau masalah orang, dek. Dia pun dah kata komitmen pada keluarga, hutang2 dia
Quote Zazama 29-11-2023 10:41 PM
Sebulan? Lama tu tp tak apa je utk beribadah.
Quote Burong_Hantuk 30-11-2023 10:47 AM
Legend...spender & baju2 semua bersepah dlm video 3gp
Quote babelina 30-11-2023 11:06 AM
mgkn dia rasa duit hsil kje kali ini yg paling bersih kot.. tu yg nk pegi mekah..
moga dpermudahkn segala urusan.. amin yra
Quote twins 30-11-2023 11:16 AM
makadek replied at 29-11-2023 07:23 PM
Aik berpuluh tahun model tkkan sengkek acik nasha

kat mesia ni model ke retis ker... memang selalu sengkek
melainkan model & retis yang di "bela" laaaa....

Quote twins 30-11-2023 11:18 AM
ninja boy replied at 29-11-2023 09:49 PM
Ai muskil kerja2 kemain lama boleh kata 1st time umrah dan melancong

bercakap tentang "jemputan Allah" ni sebaiknya jangan dipertikaikan
kalau Allah tak jemput billionaire pun tak pernah ke mekah walhal seluruh dunia dah jelajah..
sebaiknya kita berhusnuzon & Alhamdulillah waktu dia masih sihat & bertenaga dapat jemputan tu...
Quote alesandra 30-11-2023 11:34 AM
Semoga dipermudahkan.


P/s kt artikel tu tok pinaz pun skrg berlakon? jgn mengal gadot kan diri sudah la ye tok.buat malu jah
Quote marchikobonzo 30-11-2023 11:56 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote myrandapv 30-11-2023 12:29 PM
production quira tu bkn tengu tiara ke..anak menakan sapinaz
Quote kucingsiti 30-11-2023 12:44 PM
akhirnya sampai masa nak ke sana. Moga selamat pegi & balik
Quote ninnamina 30-11-2023 12:45 PM
Alhamdulillah.. tahniah nasha. selamat berumrah. semoga selamat pergi dan balik
Quote ReginaGeorge 30-11-2023 01:27 PM
Alhamdulillah. Masih sempat beribadah di saat usia senja.
Quote juruterra 30-11-2023 01:47 PM
macam tak percaya 1st time nasha nk ke luar negara.... tu lah, kalau rembat politicians kaya mcm Bung (eh tp zizie dh lama x keluar negara, paspot kena tahan ke), Rahman Dahlan(tak berenti Vie keluar negara), anak wak jahid(tp pompuan la pulak...asik ke luar negara je deme mcm x perlu membanting tulang ye...kita saved bertahun2 nk travel once in few yrs)....
Quote black_handbag 30-11-2023 02:04 PM
tanggungjawab pada keluarga? dia ada mak ayah lg ke? nak kata ada anak, takde. dia dok sara sape sebenarnya
Quote lasagna 30-11-2023 02:09 PM
alhamdulillah.. dapat jemputan dari Allah ni satu nikmat yg sgt sgt best..

xpe laa org nak kata apa, mungkin dlu kita pun tak tau masalah dia camne kan, mebi skrg semua dah ok, boleh laa pegi.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.184340 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top