CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nikah 21 Januari, Atikah Suhaime Rasa Tenang Bila Tengok Lokman Teh

29-11-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9130| Komen: 51

Description: Atikah Suhaime bakal bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun depan di Kuala Lumpur.Kini dia dalam proses menyempurnakan dokumentasi memandangkan perkahwinan ini membabi ...
Atikah Suhaime bakal bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun depan di Kuala Lumpur.

Kini dia dalam proses menyempurnakan dokumentasi memandangkan perkahwinan ini membabitkan individu antara dua negara.


Foto: IG

"Setakat ini semua dah bersiap sedia termasuklah untuk pakaian dan pemilihan solekan. Cuma yang tinggal adalah dokumentasi memandangkan perkahwinan kami membabitkan dua negara.

"Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang, nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, Lokman adalah orang yang membuatkannya rasa tenang saat didampingi dan dilihat sebagai individu yang stabil dari pelbagai sudut.

"Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.

"Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.



"Selepas ini, setiap perkara yang saya nak lakukan saya kena minta izin daripada Lokman terlebih dulu, kemudian barulah saya berbincang dengan pengurus saya. Saya mohon, doakan yang terbaik untuk kami," katanya.

Sementara itu, Lokman, 34, berkata, dia tidak akan menghalang bakal isterinya itu untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon walaupun selepas berumah tangga.



"Selepas dah berkahwin, Insya-Allah, kami akan pergi berbulan madu. Tak ada halangan daripada saya untuk dia teruskan kerjaya lakonan, cuma saya lebih suka melihat dia berada dalam dunia perniagaan.

"Yang pasti, selepas ini kami akan fokus juga untuk membina keluarga. Jadi, mohon doakan kami," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 29-11-2023 07:04 PM
Alhamdulillah tahniah tahniah
Quote sukacactus 29-11-2023 07:38 PM
Alhamdulillah
Ex tunang dia (awi rafael) tu masih solo ke dah kawin
Quote theotherfriend 29-11-2023 07:40 PM
boleh tak jangan canang dulu, iols takut kena caras. So happy for anyone yg nak kawin.
Quote sleepandream 29-11-2023 07:50 PM
bengkak pun bengkak la asal dpt muda 30an gitu khen... yg penting bujang gituhhh
Quote tuntasha 29-11-2023 08:13 PM
Nampaklah tikah ni tk pilih rupa. Nk kata pilih harta pun tak sebab ex pun biasa jer. Rasanya dekni ok ok jer cuma naive dan salah pilih kawan jer dulu.

Moga Atikah kecapi bahagia yer.
Quote aemon 29-11-2023 08:26 PM
Ok je.dia cakap aritu nak sama2 susah dan senang dgn tunang sbb tu dia rajin promo dan pack barang zaiton.
Quote Piramida 29-11-2023 08:41 PM
Nikah jugak.
Sbb rasa dah lama mereka lepak2 bersama.
Quote naina 29-11-2023 08:45 PM
Semoga berjalan lancar dan menjadi kenyataan
Quote oggy 29-11-2023 08:47 PM
Semoga dipermudahkan urusan mereka. Dia pun berhak untuk bahagia.
Quote pocongkiutss 29-11-2023 08:49 PM
Adrh..takyahla ckp camtu..lokman tu kalau b40 ko tenang ke tgk muka dia..kalau patah aming tu lain la..hahahha
Quote pocongkiutss 29-11-2023 08:50 PM
theotherfriend replied at 29-11-2023 07:40 PM
boleh tak jangan canang dulu, iols takut kena caras. So happy for anyone yg nak kawin.

Kira nk dekat juga dah ni dia bgtau

Tp tula..pencaras merata2..sempat lg nk cucuk jarum kan
Quote Lapislazuli2912 29-11-2023 09:00 PM
Tahniah. Moga bahagia sampai akhir hayat. Kesian tak jadi kawin dulu. Semua orang buat silap kan. Harap ambik iktibar la hal dulu tu.
Quote codenamedream 29-11-2023 09:07 PM
To atikah suhaimie.. chuols lagi comel n cantik bila ada eyebag.
Quote September14 29-11-2023 09:15 PM
Tenang la sbb berwang….
Quote anony-mous 29-11-2023 09:18 PM
Bertuah tikoh. Track record gitu dpt sambar yg kaya. Syg silap lgkah klu x boleh ganti lisa surirumah
Quote zuriey 29-11-2023 10:09 PM
Ok la tu ada yg nak buat bini pun dah bersyukur
Quote Mary_jane 30-11-2023 12:16 AM
Tahniah, moga ke jinjang pelamin dan bahagia hingga ke syurga.
Quote Zeatyisaac 30-11-2023 12:17 AM
Owner Zaiton yer?
Quote de_ikea 30-11-2023 12:21 AM
Tahniah. Semoga sampai berjodohan. Lama dah kapelnya.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.055272 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top