Satu video tular memaparkan objek yang kelihatan seperti cebisan-cebisan kain sedang berputar di dalam mesin basuh, rupa-rupanya merupakan kekabu bantal. “Kejadian hari ini, siapalah basuh bantal sekali. Habis keluar kekabu dalam bantal tu.
“Tuan bantal entah ke mana... musim dobi, macam-macam berlaku,” tulisnya. Sebelum ini tular pelanggan memasukkan tilam ke dalam mesin basuh di sebuah premis dobi layan diri. Mengulas lanjut, dia bersama pelanggan lain cuba untuk mematikan suis mesin basuh tersebut namun tidak berhasil. “Dah cuba tolong off suis, tak menjadi. Terpaksa tunggu habis basuh. “Hancur dah bantal tu, habis keluar kekabu,” ujarnya. Ramai yang beranggapan pemilik bantal berkenaan menghilangkan diri, bagaimanapun sangkaan itu meleset. “Tuan bantal datang balik, terperanjat tengok bantal. Dia bertanggungjawab, dia kutip semua kekabu,” katanya sambil menjelaskan tidak membuat rakaman insiden selepas itu.
Namun katanya, bukan pemilik bantal sahaja yang terkejut dengan apa yang berlaku tetapi juga beberapa pelanggan termasuk pemilik kedai dobi. Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi malah berimaginasi tentang keadaan kekabu bantal di dalam mesin basuh tersebut. “Hahaha, blend (kisar) bawang, ikan bilis ke? “Pergi bawa bantal, balik bawa nasi goreng. “Setiap bantal tu kan ada tag dia. Kekabu, cotton (kapas) tak sesuai dibasuh, jemur je. Man made fibre macam polyster tu boleh la. Nak basuh sangat, keluarkan isinya dulu. “Hari tu ada yang nak sumbat tilam dalam mesin dobi, ni bantal pula. Serba-serbi mereka sumbat,” demikian antara komen netizen. Baru-baru ini tular video menunjukkan dua pelanggan sedang memasukkan tilam bersaiz single ke dalam mesin pengering (dryer) di sebuah premis dobi layan diri. Bagaimanapun, tilam itu dilihat gagal dimasukkan sepenuhnya kerana saiznya yang besar, melebihi had muatan mesin berkenaan. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT