CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bantu Bapa, Budak Usia Enam Tahun Tersepit Di Tingkap Rumah

28-11-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1922| Komen: 1

Description: MELAKA – Gara-gara cuba membantu menghulurkan kunci rumah kepada bapanya di Pangsapuri Pasir Puteri, Ujong Pasir, Seorang kanak-kanak lelaki tersepit separuh badan di tingkap rumahnya.
MELAKA – Gara-gara cuba membantu menghulurkan kunci rumah kepada bapanya di Pangsapuri Pasir Puteri, Ujong Pasir, seorang kanak-kanak lelaki tersepit separuh badan di tingkap rumahnya.

Mangsa yang berusia enam tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh.


Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Mohd. Nor Mohd. Sheh berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 1.10 tengah hari dan sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.




“Setiba di lokasi kita mendapati seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan tersepit separuh badan di tingkap rumahnya, namun berjaya dikeluarkan dalam masa 10 minit tanpa kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bapanya yang berada di koridor cuba memanjat masuk tetap gagal kerana kedudukannya terlalu rendah untuk sampai tingkap tersebut.


“Ketika pasukan tiba tombol pintu rumah itu juga telah pecah disebabkan bapanya cuba membuka pintu tersebut, namun usaha itu tidak berhasil,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 28-11-2023 10:14 AM
rumah lama aku selalu jadi mcmni..asik tertinggal kunci jah time anak2 kecik lagi. bergilir la diorg masuk ikut tingkap. mujur tingkap jenis louvre. bole kata hari2 asik lupa kunci manjang. serabut kepala time tu tak tau nk kata..ngan anak kecik2 lagi. anak sorg sekolah kt sana yg sorg sekolah sini pastu si kecik htr transit. pegi keje pulak ke atas sana balik kang singgah satu2 tempat amik diorg tau2 smpi umah kunci tertingal lagi.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.441956 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top