CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Tilam Sumbat Bantal Pula Dalam Mesin Dobi Layan Diri- Hancur, Habis Keluar Kekabu

28-11-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2879| Komen: 9

Description: Satu video tular memaparkan objek yang kelihatan seperti cebisan-cebisan kain sedang berputar di dalam mesin basuh, rupa-rupanya merupakan kekabu bantal.
Satu video tular memaparkan objek yang kelihatan seperti cebisan-cebisan kain sedang berputar di dalam mesin basuh, rupa-rupanya merupakan kekabu bantal.

“Kejadian hari ini, siapalah basuh bantal sekali. Habis keluar kekabu dalam bantal tu.


“Tuan bantal entah ke mana... musim dobi, macam-macam berlaku,” tulisnya.

Foto: TT

Sebelum ini tular pelanggan memasukkan tilam ke dalam mesin basuh di sebuah premis dobi layan diri.

Mengulas lanjut, dia bersama pelanggan lain cuba untuk mematikan suis mesin basuh tersebut namun tidak berhasil.

“Dah cuba tolong off suis, tak menjadi. Terpaksa tunggu habis basuh.

“Hancur dah bantal tu, habis keluar kekabu,” ujarnya.

Ramai yang beranggapan pemilik bantal berkenaan menghilangkan diri, bagaimanapun sangkaan itu meleset.

“Tuan bantal datang balik, terperanjat tengok bantal. Dia bertanggungjawab, dia kutip semua kekabu,” katanya sambil menjelaskan tidak membuat rakaman insiden selepas itu.


Namun katanya, bukan pemilik bantal sahaja yang terkejut dengan apa yang berlaku tetapi juga beberapa pelanggan termasuk pemilik kedai dobi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi malah berimaginasi tentang keadaan kekabu bantal di dalam mesin basuh tersebut.

“Hahaha, blend (kisar) bawang, ikan bilis ke?

“Pergi bawa bantal, balik bawa nasi goreng.

“Setiap bantal tu kan ada tag dia. Kekabu, cotton (kapas) tak sesuai dibasuh, jemur je. Man made fibre macam polyster tu boleh la. Nak basuh sangat, keluarkan isinya dulu.

“Hari tu ada yang nak sumbat tilam dalam mesin dobi, ni bantal pula. Serba-serbi mereka sumbat,” demikian antara komen netizen.

Baru-baru ini tular video menunjukkan dua pelanggan sedang memasukkan tilam bersaiz single ke dalam mesin pengering (dryer) di sebuah premis dobi layan diri.

Bagaimanapun, tilam itu dilihat gagal dimasukkan sepenuhnya kerana saiznya yang besar, melebihi had muatan mesin berkenaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 28-11-2023 11:02 AM
masing2 sbb bukan harta sndri...tu slumber je try test masuk emmacam sbb pk xrugi sbb klua rm4 je pon kan....tp pikirla kerosakan yg bakar ditanggung pemilik dobi...org da bg kemudahan even berbayar bukan tiket utk guna sampai lunyai
Quote prettyuglybabe 28-11-2023 12:21 PM
owner basuh bantal busuk ke..
kain reput masuk mesin, memang berderai la..
kalau sarung elok jahit mati, ok je kot..
tapi kalau dah cuci, memang tak sedap dah kekabu tu..
kena jemur lama bagi betul-betul kering..
Quote ninja boy 28-11-2023 12:41 PM
Dobi serba boleh, budak kencing malam muntah toto dobi boleh selesaikan
Quote Decaffeinated 28-11-2023 12:51 PM
Memang boleh basuh bantal yang isi dgn filler sintetik tu (poly something) syarat sarung belum reput la. Bodoh sangat la kalau kekabu ko pergi basuh.
Quote DayangKirana 28-11-2023 12:52 PM
lenkali pegi dobi bawak la otak sekali..kesian those yang nak guna machine lepas tuh..habis baju melekat kekabu tu.
Quote Ahriman 28-11-2023 12:52 PM
Bebal dn tk malu.sanggup menayang bodoh di tmpat awam.
Quote white_musk 28-11-2023 12:54 PM
kadang2 betul juga cakap acik kemboja...

Quote I.K.A888990 28-11-2023 03:02 PM
last2 kau menyusahkan org lain
Quote KamikuP 28-11-2023 03:32 PM
pemikiran bifoti cuolls gitu le

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.063692 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top