CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish Tak Nak Ulas Isu Viral, Takut Terkena Karma

27-11-2023 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3212| Komen: 23

Nak hindar diri daripada kontroversi, Nora Danish lebih memberi keutamaan terhadap keluarga serta memilih untuk mengawal kelakuan dan percakapan.

Sebagai isteri dan ibu,  Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tidak minat untuk memberi respons terhadap apa-apa isu yang viral.


Foto: IG

“Disebabkan saya ada anak, jadi minta jauh daripada terpalit dengan sebarang isu. Saya akan cuba elak daripada bercakap mengenai sesiapa atau menimbulkan sebarang isu.

“Keutamaan lebih kepada keluarga sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya lebih sedar keluarga adalah segala-galanya,” jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, Nora memberitahu dia akan berfikir masak-masak sebelum memuat naik sesuatu hantaran di media sosial kerana bimbang akan dikecam netizen kelak.



“Bagi saya, netizen sekarang kalau kita buat silap sikit mesti akan kena. Sekarang, saya tenang sebab kalau hendak muat naik sesuatu dalam media sosial akan fikir banyak kali sebab sudah berkeluarga dan ada anak.

“Saya lebih selesa dan fokus apa yang patut sahaja. Kalau tak perlu, saya takkan muat naik apa-apa dalam media sosial. Berkenaan isu semasa pun saya jarang komen sebab takut perkara itu berbalik kepada diri sendiri,” katanya.

Akui takut terkena karma, pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu hanya mengikuti isu semasa dan bersuara apabila perlu sahaja.



“Kadang-kadang kalau lantang cakap mengenai hal orang, kalau kena pada diri barulah tahu. Sebab itu, saya lebih mendiamkan diri dan bercakap bila perlu sahaja. Isu semasa selalu sahaja tengok, tapi saya tak bersuara. Lebih baik tengok dan diam sahaja.

“Jangankan selebriti, orang lain pun saling bergaduh kalau di lihat dalam media sosial. Kadang-kadang bila tengok tak tahu hendak cakap apa. Sekarang ini pula zaman media sosial, jadi pelbagai perkara atau isu yang timbul,” ujarnya lagi.



Teraju utama sitkom Puteri itu kini tidak lagi menerima tawaran berlakon untuk drama disebabkan kekangan masa, lokasi dan cerewet memilih watak dalam sesuatu naskah.

Nora bagaimanapun masih mempertimbangkan tawaran lakonan bagi filem atau telefilem.



“Sejak itu, saya lebih hadkan pembabitan dalam dalam lakonan. Kalau filem atau telefilem, saya masih boleh pertimbangkan, tapi untuk drama terpaksa tolak walaupun tawaran semuanya bagus,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mademoisellee 27-11-2023 11:18 AM
Sheols antara pelopor terawal kemunculan kes rumahtangga disondol terhangat di Malaysia.
Quote chinta89 27-11-2023 11:18 AM
baguslah Nora, x pyh jd mcm ustzah terpaling, artis terpaling nk komen life org.

wartawan pun jgn benak duk tanya hal org lain kat org tak sepatutnya. mcm kes wartawan vodo g tanya Tok Ti psl kes retiz bercakaran yg nak berbaik tuh. bodo abadi g tanya tokti yg jelas2 takde kaitan dgn mereka.
Quote HoneyManjer 27-11-2023 11:42 AM
elok la tu...despite of the gossip yg sheols pernah dikaitkan dluh...
better shut yo mouth
Quote stingergrumpy 27-11-2023 11:47 AM
Retis jilatanz @OsHiN_ kita sebab katanyer ND pandai ngaji....
Quote Joysparta 27-11-2023 12:02 PM
Elokla takyah ulas yg viral ni.  Yg dok ulas tu..yg wangi2 je. Tapi bila kena btg hidung sendiri..baru tau langit tinggi rendah.
Quote tulip-rain 27-11-2023 12:33 PM
Baguslah. Jaga je hidup sendiri.
Tp wartawan2 skrg ade yg bodoh dan suka tanya soalan2 bodoh dkt retis. Selagi retis tu tak jawab soalan, selagi tu ditanya. Lps tu buat ceriter mengundang.
Saje suka melaga2kan orang. Yelah karang tulis psl kerja/produk retis, orang tak baca pulak.
Quote chandrahusin 27-11-2023 12:37 PM
Aku setuju dgn apa yg ND ckp ni
Benda boleh jd kat org
Boleh je jd kat kita
Netizen bila puji melambung2
Bila mengeji mmg diorg pastikan kau jatuh teduduk
Siap pakej menghasut justify kenapa perlu jatuhkan org lain
Quote Burong_Hantuk 27-11-2023 12:40 PM
good nora!!!!jangan acah2 terpaling
Quote noor2 27-11-2023 12:59 PM
Macam muka ifa Raziah je..
Quote I.K.A888990 27-11-2023 01:23 PM
baik noraaaaaaaaaa
Quote YomiuriLandMae 27-11-2023 01:30 PM
tulip-rain replied at 27-11-2023 12:33 PM
Baguslah. Jaga je hidup sendiri.
Tp wartawan2 skrg ade yg bodoh dan suka tanya soalan2 bodoh dkt re ...

iols rasa syarat nak jadi reporter dkt malaysia ni kena mahir skill jadi batu api baru bole laris article..

Quote babelina 27-11-2023 02:21 PM
elok la.. baik fikir diri sendiri n keluarga.. lgpn isu rumah tga org.. bkn kita serumah pn nk ulas2 bagai..
Quote tikusmontok 27-11-2023 02:47 PM
Semakin pjg pulak muka
Quote asamfish 27-11-2023 03:04 PM
yes!   sokong Nowa kusayam!  wise move!  
Quote telracs 27-11-2023 03:15 PM
Good Job, Nora!

Quote black_handbag 27-11-2023 05:01 PM
dia ni dlm gambar kemain lawa. tp haritu ada tertengok dia jadi host dlm program jalan2 kat tv, nampak tua dah. yelah tv xboleh pakai filter kan. patut dia kurang berlakon skrg, byk gmbr filter je sebab gigih nak sorok dah tua
Quote she 27-11-2023 05:08 PM
Sejak dua menjak ni
Macik makin menyukai Nowa
Nowa lain betul sekarang
Nampak matang berfikir

Teruskan
Quote bukan_ustazah 27-11-2023 05:09 PM
Ned tu pun history tak cantik dulu so jaga baik-baik jelah nowa she dah kurus sekarang berlawan dengan fasha ke apa.
Quote QueenIsolde 27-11-2023 05:11 PM
chinta89 replied at 27-11-2023 11:18 AM
baguslah Nora, x pyh jd mcm ustzah terpaling, artis terpaling nk komen life org.

wartawan pun jgn  ...

Khuensss dah la mekiti jenis tak masuk campur hal org..saje nk mengapikan

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.063238 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top