View: 3080|Reply: 23
|
Nora Danish Tak Nak Ulas Isu Viral, Takut Terkena Karma
[Copy link]
|
|
Nak hindar diri daripada kontroversi, Nora Danish lebih memberi keutamaan terhadap keluarga serta memilih untuk mengawal kelakuan dan percakapan.
Sebagai isteri dan ibu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tidak minat untuk memberi respons terhadap apa-apa isu yang viral.
Foto: IG
“Disebabkan saya ada anak, jadi minta jauh daripada terpalit dengan sebarang isu. Saya akan cuba elak daripada bercakap mengenai sesiapa atau menimbulkan sebarang isu.
“Keutamaan lebih kepada keluarga sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya lebih sedar keluarga adalah segala-galanya,” jelasnya.
Memetik laporan Berita Harian, Nora memberitahu dia akan berfikir masak-masak sebelum memuat naik sesuatu hantaran di media sosial kerana bimbang akan dikecam netizen kelak.
“Bagi saya, netizen sekarang kalau kita buat silap sikit mesti akan kena. Sekarang, saya tenang sebab kalau hendak muat naik sesuatu dalam media sosial akan fikir banyak kali sebab sudah berkeluarga dan ada anak.
“Saya lebih selesa dan fokus apa yang patut sahaja. Kalau tak perlu, saya takkan muat naik apa-apa dalam media sosial. Berkenaan isu semasa pun saya jarang komen sebab takut perkara itu berbalik kepada diri sendiri,” katanya.
Akui takut terkena karma, pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu hanya mengikuti isu semasa dan bersuara apabila perlu sahaja.
“Kadang-kadang kalau lantang cakap mengenai hal orang, kalau kena pada diri barulah tahu. Sebab itu, saya lebih mendiamkan diri dan bercakap bila perlu sahaja. Isu semasa selalu sahaja tengok, tapi saya tak bersuara. Lebih baik tengok dan diam sahaja.
“Jangankan selebriti, orang lain pun saling bergaduh kalau di lihat dalam media sosial. Kadang-kadang bila tengok tak tahu hendak cakap apa. Sekarang ini pula zaman media sosial, jadi pelbagai perkara atau isu yang timbul,” ujarnya lagi.
Teraju utama sitkom Puteri itu kini tidak lagi menerima tawaran berlakon untuk drama disebabkan kekangan masa, lokasi dan cerewet memilih watak dalam sesuatu naskah.
Nora bagaimanapun masih mempertimbangkan tawaran lakonan bagi filem atau telefilem.
“Sejak itu, saya lebih hadkan pembabitan dalam dalam lakonan. Kalau filem atau telefilem, saya masih boleh pertimbangkan, tapi untuk drama terpaksa tolak walaupun tawaran semuanya bagus,” katanya. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Sheols antara pelopor terawal kemunculan kes rumahtangga disondol terhangat di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah Nora, x pyh jd mcm ustzah terpaling, artis terpaling nk komen life org.
wartawan pun jgn benak duk tanya hal org lain kat org tak sepatutnya. mcm kes wartawan vodo g tanya Tok Ti psl kes retiz bercakaran yg nak berbaik tuh. bodo abadi g tanya tokti yg jelas2 takde kaitan dgn mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu...despite of the gossip yg sheols pernah dikaitkan dluh...
better shut yo mouth |
|
|
|
|
|
|
|
Retis jilatanz @OsHiN_ kita sebab katanyer ND pandai ngaji.... |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla takyah ulas yg viral ni. Yg dok ulas tu..yg wangi2 je. Tapi bila kena btg hidung sendiri..baru tau langit tinggi rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Jaga je hidup sendiri.
Tp wartawan2 skrg ade yg bodoh dan suka tanya soalan2 bodoh dkt retis. Selagi retis tu tak jawab soalan, selagi tu ditanya. Lps tu buat ceriter mengundang.
Saje suka melaga2kan orang. Yelah karang tulis psl kerja/produk retis, orang tak baca pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju dgn apa yg ND ckp ni
Benda boleh jd kat org
Boleh je jd kat kita
Netizen bila puji melambung2
Bila mengeji mmg diorg pastikan kau jatuh teduduk
Siap pakej menghasut justify kenapa perlu jatuhkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
good nora!!!!jangan acah2 terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
Macam muka ifa Raziah je..
|
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa syarat nak jadi reporter dkt malaysia ni kena mahir skill jadi batu api baru bole laris article..
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la.. baik fikir diri sendiri n keluarga.. lgpn isu rumah tga org.. bkn kita serumah pn nk ulas2 bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin pjg pulak muka |
|
|
|
|
|
|
|
yes! sokong Nowa kusayam! wise move! |
|
|
|
|
|
|
|
Good Job, Nora!
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dlm gambar kemain lawa. tp haritu ada tertengok dia jadi host dlm program jalan2 kat tv, nampak tua dah. yelah tv xboleh pakai filter kan. patut dia kurang berlakon skrg, byk gmbr filter je sebab gigih nak sorok dah tua |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dua menjak ni
Macik makin menyukai Nowa
Nowa lain betul sekarang
Nampak matang berfikir
Teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
Ned tu pun history tak cantik dulu so jaga baik-baik jelah nowa she dah kurus sekarang berlawan dengan fasha ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 27-11-2023 11:18 AM
baguslah Nora, x pyh jd mcm ustzah terpaling, artis terpaling nk komen life org.
wartawan pun jgn ...
Khuensss dah la mekiti jenis tak masuk campur hal org..saje nk mengapikan |
|
|
|
|
|
|
| |
|