Tular di TikTok, seorang inspektor kesihatan dikenali sebagai Abang IK yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur peniaga yang melakukan kesilapan ketika memproses bahan mentah sebelum dimasak.
Menurut peniaga itu, dia sudah terbiasa menyahbeku daging di dalam besen berisi air yang diletakkan di atas lantai dan tidak menyangka amalannya itu melanggar garis panduan yang ditetapkan KKM. "Daging tu saya nak rebus, tapi keras lagi, jadi saya kena lembutkan dulu. Memang selalu kami buat macam tu, dah hari-hari macam tu. "Tak sangka pula tak boleh, tak pernah sedar pula salah," kata peniaga tersebut ketika ditegur Abang IK. Abang IK kemudian menjelaskan teknik yang betul untuk menyahbeku daging. "Tak boleh tus daging, ayam atau ikan di lantai. Kena tus dekat atas di dalam singki dengan air yang mengalir, tak boleh air bertakung.
"Kenapa kena air mengalir? Sebab dalam daging beku ni ada darah lagi, bila daging tu dah cair dan suhunya sama dengan suhu bilik, bakteria tu akan kembali aktif. "Kenapa tak boleh dekat atas lantai? Sebab risau ada binatang macam kucing ke apa datang jamah sekali, kan dah kotor tu "Ingat akak, betulkan yang biasa, biasakan yang betul," ujar Abang IK memberikan peringatan. Di ruangan kapsyen, Abang IK menyebut bahawa walaupun perkara ini mungkin kelihatan remeh untuk sesetengah orang tetapi ia membawa impak yang besar. "Jangan ambil jalan singkat dan mudah, ini melibatkan nyawa orang lain," kata Abang IK tegas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa kesal kerana terdapat segelintir peniaga yang memandang ringan soal kebersihan. "Saya pernah pergi kedai bihup sup terkenal. peniaga tu letak bihun dalam penapis di atas lantai, dah la mereka dok lalu-lalang dekat situ. "Alahai kotornya, walau sesedap macam mana pun makanan, kalau begini rupa dekat belakang dapur, aku pun terus hilang selera. "Bagus Abang IK, salah tetap salah, teguran pun lembut je tetapi tegas dan menyentuh jiwa," kata warga maya.Tular di TikTok, seorang inspektor kesihatan dikenali sebagai Abang IK yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur peniaga yang melakukan kesilapan ketika memproses bahan mentah sebelum dimasak. Menurut peniaga itu, dia sudah terbiasa menyahbeku daging di dalam besen berisi air yang diletakkan di atas lantai dan tidak menyangka amalannya itu melanggar garis panduan yang ditetapkan KKM. "Daging tu saya nak rebus, tapi keras lagi, jadi saya kena lembutkan dulu. Memang selalu kami buat macam tu, dah hari-hari macam tu. "Tak sangka pula tak boleh, tak pernah sedar pula salah," kata peniaga tersebut ketika ditegur Abang IK. Abang IK kemudian menjelaskan teknik yang betul untuk menyahbeku daging. "Tak boleh tus daging, ayam atau ikan di lantai. Kena tus dekat atas di dalam singki dengan air yang mengalir, tak boleh air bertakung. "Kenapa kena air mengalir? Sebab dalam daging beku ni ada darah lagi, bila daging tu dah cair dan suhunya sama dengan suhu bilik, bakteria tu akan kembali aktif. "Kenapa tak boleh dekat atas lantai? Sebab risau ada binatang macam kucing ke apa datang jamah sekali, kan dah kotor tu "Ingat akak, betulkan yang biasa, biasakan yang betul," ujar Abang IK memberikan peringatan. Di ruangan kapsyen, Abang IK menyebut bahawa walaupun perkara ini mungkin kelihatan remeh untuk sesetengah orang tetapi ia membawa impak yang besar. "Jangan ambil jalan singkat dan mudah, ini melibatkan nyawa orang lain," kata Abang IK tegas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa kesal kerana terdapat segelintir peniaga yang memandang ringan soal kebersihan. "Saya pernah pergi kedai bihup sup terkenal. peniaga tu letak bihun dalam penapis di atas lantai, dah la mereka dok lalu-lalang dekat situ. "Alahai kotornya, walau sesedap macam mana pun makanan, kalau begini rupa dekat belakang dapur, aku pun terus hilang selera. "Bagus Abang IK, salah tetap salah, teguran pun lembut je tetapi tegas dan menyentuh jiwa," kata warga maya. -CARI Sumber: mStar Sumber: mStar
|
twins replied at 20-11-2023 03:18 PM
alamak... aku pun defrost mcm tu jugak ... rendam dalam besen ...
Tinot7 replied at 21-11-2023 08:02 AM
Ingatkan pengendali makanan kena amik suntikan tifoid jahh.. rupanya ada kursus jugakk..
immaryjane replied at 21-11-2023 09:22 AM
Dapat sijil tak ingat valid sampai bile.. teman mak amik kursus tu, sedikit sebanyak tahu la cara ...
ADVERTISEMENT