CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Isteri Gaji RM7000 Tak Puas Hati Gaji Suami Hanya RM4000, "Penat Semua Hal Anak Aku Bayar"

20-11-2023 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4759| Komen: 41

Description: PETALING JAYA – Seorang isteri apabila suaminya lepas tangan mengenai perbelanjaan anak-anak bahkan sering memberi alasan tidak cukup duit.
PETALING JAYA – Seorang isteri apabila suaminya lepas tangan mengenai perbelanjaan anak-anak bahkan sering memberi alasan tidak cukup duit.

“Dulu sebelum kahwin gaji aku RM2,000, suami aku RM4,000. Selepas kahwin aku lompat kerja dan sambung Master sampai gaji aku RM7,000. Suami aku masih dengan gaji RM4,000.


“Aku penat semua hal anak aku bayar. Memang anak aku tapi asyik bagi alasan tiada duit saja. Dia tak nak naikkan gaji dia ke?,” soal wanita itu menerusi luahan di laman sosial.


Gambar Hiasan

Di ruangan komen, dapat dilihat pelbagai pandangan dan reaksi diberikan kepada luahan terbabit termasuklah komen-komen negatif yang mendakwa wanita itu berlagak, tidak bersyukur serta tidak bertolak ansur dengan suaminya.

“Isteri kalau gaji naik diam sahaja. Suami tiada hak untuk tahu berapa gaji awak. Kalau banyak diam saja, risau jadi benda macam ni. Tolong kejap boleh terima, kalau dah macam isteri ketua keluarga susahlah,” komen Angeline.


“Masa gaji RM2,000 tiada pula suami suruh buat kerja lain. Dalam keadaan ekonomi macam ni, tolak ansur saja. Hidup saling melengkapi,”tulis AimanNorha.

“Bukan akak yang tak sedar diri, betul la apa yang ditanya. Kalau dia majukan diri sampai gaji RM7,000, suami tak mahu buat benda sama?,”ujar decafinvegas. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 20-11-2023 11:44 AM
Malas nak layn…
Quote honam 20-11-2023 11:47 AM
biasa la ujian rumah tangga, setan paling suka kalo dapat pisahkan laki bini. Semoga laki bini dalam kes ni berjaya melawan hasutan setan
Quote rospinki 20-11-2023 11:48 AM
arwah mil rajin neshat aku sorok duit dari ana dia dulu2 aku igtkan apa perangai sorok2 gini rupanya baik masud dia. lelaki ni jgn ajar dia selesa makin selesalah dia. tapi kita diam2 pun dia tak buat apa jugak taik budak kecik tu tekeluar dari pem[pes melekat2 atas tilam dia tidur pun tak sedar cemana nk sedar benda lain
Quote nazurah 20-11-2023 11:52 AM
first of all kenapa nak reveal gaji berapa kat suami? yang patut provide kan suami, isteri setakat menambah apa yang dia rasa suami kasi tak cukup untuk dia...

so bila dah take over 'tanggungjawab' suami... payah la nak reverse balik kak oi
Quote otai_g 20-11-2023 12:15 PM
Sejak bila masalah rumah tangga jd current issue hanat?
Quote cm_vungtau 20-11-2023 12:16 PM
Lelaki ko mana boleh cerita gaji ko dik. Diorang ada ego dia. Dulu pun I dengan ex boifren I pergi gatal cakap gaji I berapa, padahal dua2 kerja ofis yang sama. Terus dia depressed, meroyan tahapa2. Rupanya dalam 2 tahun kerja I punya increment naik constantly, dia tak pernah dapat increment. Pastu break Dengan lelaki walaupun gaji ko tinggi ko buat2 miskin dik. Aman hidup.
Quote midori888 20-11-2023 12:19 PM
ppuan nie patut hidup based on income laki dia...kalu dia hidup based on her income, dia kenalah redha utk kuar duit sendiri...

contoh kalu laki hanya layak hantar anak tadika kemas, tapi dia nak hantar private kindy, dia kenalah top up mana yg kurang...
Quote annehuda 20-11-2023 12:20 PM
midori888 replied at 20-11-2023 12:19 PM
ppuan nie patut hidup based on income laki dia...kalu dia hidup based on her income, dia kenalah red ...

ko baca tak luahan dia

“Aku penat semua hal anak aku bayar. Memang anak aku tapi asyik bagi alasan tiada duit saja. Dia tak nak naikkan gaji dia ke?,” soal wanita itu menerusi luahan di laman sosial.
anak dia tanggung sendiri bhai.  gaji laki dia pegi mana? rm4k makan sorang ke?
Quote adizero11 20-11-2023 12:23 PM
Benar kata2 Rosyam Nor..
Quote dua_chzy 20-11-2023 12:24 PM
cm_vungtau replied at 20-11-2023 04:16 AM
Lelaki ko mana boleh cerita gaji ko dik. Diorang ada ego dia. Dulu pun I dengan ex boifren I pergi g ...

Macam kelig aiol. Manjang cakap kat laki takda duit. Padahal dia simpan. Ratus ribu dah simpanan dia sebab segala perbelanjaan dia, laki tanggung. Dia kuar duit sikit2 ja. Lagik satu, advantage bukan anak sulung - takyah tanggung hadek2.
Quote mejaputih 20-11-2023 12:31 PM
midori888 replied at 20-11-2023 12:19 PM
ppuan nie patut hidup based on income laki dia...kalu dia hidup based on her income, dia kenalah red ...

Betul2...hidup dgn kemampuan suami kalau taknak ungkit mengungkit...kalau dia nk lebih dari tu kena top up duit la...
Quote SedihPedih 20-11-2023 12:33 PM
masa awal2 kawin, bila anak baru seketul, jgnlah cakap takpe hal anak i cover.

ada kawan i dh anak 4, laki dia dok petik gitulaaaaaaaaaaaa
Quote jazaa100 20-11-2023 12:42 PM
otai_g replied at 20-11-2023 12:15 PM
Sejak bila masalah rumah tangga jd current issue hanat?

Kannn....

Sampai dah rasa tak de fungsi board keluarga tu...
Semua lambak kat CI
Quote doubleA 20-11-2023 02:39 PM
Cerai jela pastu p cari laki yg gaji 10k. Taknak cerai tapi meroyan cerita kt umum dapat apa? Stress je
Quote Tinot7 20-11-2023 03:59 PM
Semoga dpt jln penyelesaian .
Quote Tinot7 20-11-2023 04:01 PM
cm_vungtau replied at 20-11-2023 12:16 PM
Lelaki ko mana boleh cerita gaji ko dik. Diorang ada ego dia. Dulu pun I dengan ex boifren I pergi g ...

Ide bernas ni..
Quote noor2 20-11-2023 06:01 PM
otai_g replied at 20-11-2023 12:15 PM
Sejak bila masalah rumah tangga jd current issue hanat?

Bod FD sunyi sepi...
Quote dellashrill 20-11-2023 06:06 PM
midori888 replied at 20-11-2023 12:19 PM
ppuan nie patut hidup based on income laki dia...kalu dia hidup based on her income, dia kenalah red ...

betul2. laki mampu sewa atau beli rumah flat, ikut jer la mana yg dia mampu.
kalau suami mampu makan fast food hari2, makan jer. dah suami yang bayar. gitu.


ni dari awal sanggup bayar segalanya, lepas tu emo..


Quote syamzana 20-11-2023 06:14 PM
cerita tak habis...
mmg la dia merempan tanggung anak2
kot lain2 (kereta 2biji+umah+nafkah+groceries+utilities+mekap2+baju) laki yg byr
sng cite kalau fedap rasa tak berguna laki tu cerai je la kan bergaji 7k mampu sara segalanya

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044689 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top