Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan sedang menyiasat kejadian aneh berupa penampakan cahaya terang di langit yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat. Isnin lalu penduduk yang tinggal dalam lingkungan 80 kilometer di Minnesota, Amerika Syarikat melaporkan melihat satu objek terang melintang di langit dan bunyi dentuman yang menggegarkan tingkap dan rumah mereka.
NASA percaya objek misteri itu bersaiz sebesar peti sejuk dan meluncur di atmosfera pada kelajuan antara 48,280 hingga 209,214 kilometer sejam. Bagaimanapun Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami mendedahkan, letupan sonik yang terlalu dekat dengan daratan itu berasal daripada sebutir meteor dan tidak menyebabkan kemusnahan. Ahli fizik tempatan yang mengkaji kejadian itu, Profesor Jun Cabanela berkata, keadaan semasa insiden berlaku menunjukkan bahawa objek itu bukan meteor biasa.
Tiga video mengenai kejadian itu juga diperoleh oleh pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami, Chris Muller. “Saya tidak fikir ia objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam erti kata lain, makhluk asing.” kata Muller. -CARI Sumber: mStar/ Metro UK
|
cmf_premierleag replied at 20-11-2023 11:12 AM
Sket2 US jah..sekali sekala mai la msia ni. Mcm2 food sedap2 ada
Nak culik politicians kami pun k ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-12-2023 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.028066 second(s), 34 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.