Kuala Lumpur: "Saya bukan Mr H," demikian ditegaskan Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Muhamad Hakim Ramlee yang turut dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee. Muhamad Hakim menafikan dakwaan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin yang mendakwa beliau adalah Mr H, selain menyifatkan tuduhan itu sangat berniat jahat. Beliau juga mengakui masih menganggotai PKR, namun enggan mendedahkan perincian lanjut berhubung perkara itu. "Saya tak boleh beri kenyataan lanjut kerana dituduh oleh Raja Petra. Saya pun tak tahu, saya rasa (Mr H) bukan saya kot, salah orang ini. "Saya tak boleh beri pandangan lanjut mengenai perkara ini dan sudah dinasihatkan tidak berbuat demikian. Namun, saya nafikan (dakwaan Raja Petra). Apa kena mengena dengan saya pula? "Tuduhan ini sangat random (rambang), saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?" katanya. Beliau mengulas ciapan Raja Petra, mendakwa ahli PKR itu dalang yang menerbitkan rakaman video berunsur lucah, membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang tular di media sosial, kelmarin. Raja Petra malam tadi dipetik berkata, "Tahniah 'Mr H', penerbit movie J-KOM sex in the office scandal, best Malaysian movie Twin Towers award (skandal seks dalam pejabat J-KOM, filem terbaik Malaysia yang memenangi anugerah menara berkembar)." Menerusi entri sama di aplikasi X, Raja Petra turut memuat naik poster pelantikan Muhamad Hakim ke jawatan Pengarah Bahagian Latih dan dan Pendidikan J-KOM yang turut memuatkan logo PKR. Semalam, Abdul Wahab, 33, dipetik mendakwa, diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai 'Mr H' untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus, selain mengakui merakam perbualan video berkenaan, namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial itu. Tanpa mendedahkan identiti Mr H, Abdul Wahab berkata, apa yang berlaku dalam video yang tular itu adalah konspirasi daripada individu berkenaan. Kelmarin, tular video berdurasi lebih tiga minit mengenai perbualan jelik membabitkan dua individu berkenaan, dengan Agus turut dilapor menghantar surat peletakan jawatan beliau selaku Ketua Pengarah J-KOM. Agus ketika sidang media malam tadi, menafikan ketulenan video itu, sebaliknya mendakwa ia disunting pihak tertentu. Sumber: Harian Metro
|
adizero11 replied at 19-11-2023 08:26 AM
Hahaha..kalau Mr H pakai muka dia ni buat VC dgn Agus konfem tkder selera si Agus tu..sbb tu dia han ...
3chanceno replied at 19-11-2023 08:50 AM
Tak menahan meols baca komen
Tinot7 replied at 18-11-2023 04:35 PM
Dia sorang jahh ka nama mula dgn hurup H?
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2023 10:34 AM
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang mula dengan huruf H?
syamzana replied at 18-11-2023 04:31 PM
yg kesedapan agus&wahab...yg lain kene tiaw
ADVERTISEMENT