CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Besar Dedah Lebih 3 Tahun Tinggal Dalam Stor Sekolah

18-11-2023 09:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16816| Komen: 23

Description: Kota Kinabalu: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, George Odol mendedahkan pengalamannya tinggal dalam stor sekolah lebih tiga tahun sejak berkhidmat di sekolah itu.Dia yang akan ...
Kota Kinabalu: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, George Odol mendedahkan pengalamannya tinggal dalam stor sekolah lebih tiga tahun sejak berkhidmat di sekolah itu.

Dia yang akan bersara wajib daripada perkhidmatan perguruan pada 27 November ini, ditugaskan di sekolah itu pada 2020.


George menceritakan sekolah itu dibina pada 1999 tanpa rumah guru.

"Guru yang bertugas di sekolah itu terpaksa menumpang di rumah penduduk kampung dan bilik darjah (di sekolah) yang diubah suai.

"Oleh kerana keprihatinan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ada membina dua rumah ala kadar sebagai kemudahan guru yang berkhidmat di SK Ulu Ansuan itu," katanya menceritakan kisah hidupnya itu yang disiarkan di media sosial, TikTok.

George berkata, pada 2020, selepas ditempatkan bertugas di sekolah itu, dia terpaksa tinggal dalam stor prasekolah dengan keluasan 13.4 meter persegi.



"Agak menyedihkan seorang pegawai pendidikan, pentadbir sekolah, guru besar terpaksa tinggal di rumah yang begini sahaja.

"Saya terpaksa berkongsi dapur dan kamar mandi (yang disediakan) di prasekolah," katanya.

Bagaimanapun, George mengakui sedikit pun tidak kesal sebagai guru dalam kalangan etnik Kadazan Dusun yang terpaksa mengorbankan keselesaan menetap di kawasan pekan atau di bandar untuk datang ke sekolah pedalaman.

Tambahan pula, katanya, kebanyakan murid di sekolah kawasan pedalaman di negeri ini adalah etnik Kadazan Dusun.

"Justeru, jika bukan kami guru (dalam kalangan etnik) Kadazan Dusun datang ke sini untuk mendidik anak Kadazan Dusun di sekolah pedalaman, siapa lagi yang (boleh) diharapkan," katanya yang menerima keadaan itu dengan reda.

Beliau menyifatkan, ia pengorbanan mereka sebagai pendidik yang dihantar bertugas di sekolah pedalaman Sabah.

Bagaimanapun, katanya, pada penghujung perkhidmatannya, sebuah rumah panjang tujuh pintu dibina di sekolah itu.

Namun, George mengambil keputusan tidak menetap di rumah panjang itu untuk memberi keutamaan kepada guru dari luar daerah menetap di situ.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 18-11-2023 09:17 PM
                        
Quote lanacondor 18-11-2023 10:47 PM
Hebatnya pengorbanan guru2 kt area Borneo..
Quote syamzana 18-11-2023 10:51 PM
yg buat sek area situ dah tau pendalaman & takde umah utk disewa buat la kuarters. ade ke sampai kene menumpang rumah org.
Quote hareeeesah 18-11-2023 10:52 PM
Tu dia rupa pakai sunglass dgn formal school days heheh.. selamat bersara cikgu, jasamu sentiasa dikenang..
Quote auntieagony 18-11-2023 11:17 PM
Respect betul...
3 thn lebih, satu jangkamasa yg sgt panjang... pengorbanan seorg guru besar.
On the hindsight, dapat save duit sewa rumah dan tak menyusahkan org lain.
But still, mmg tak terjangkau di fikiran auntie.... Mcm living in a suitcase.

Quote nsmy 18-11-2023 11:27 PM
Besar pengorbanan cikgu ni...
Quote wikedsaikel 18-11-2023 11:40 PM
Selamat bersara cikgu. Jasamu pada anak bangsa tidak terbalas.
Quote FlexyFox 19-11-2023 12:39 AM
Wow! Hebat cikgu....
Quote ina_na 19-11-2023 02:00 AM
Terima kasih cikgu..Kalo tgk cikgu2 sana viral mmg dasyat btl jalan dia org...iolss rs mmg lebih jimat duk kat sekolah je...X yah penat2 redah lecak,duit minyak,motor rosak nk kn baiki... Duk je Aman damai kat sekolah...
Quote tikusmontok 19-11-2023 02:05 AM
Cikgu ni dah berkeluarga ke single? Tabah betul.
Quote vespa_oren 19-11-2023 04:53 AM
aku tengok google maps punya pedalaman kawasan dia, biarpun p3 pun belum tentu ada org sanggup
Quote any42 19-11-2023 06:25 AM
hebat cikgu ni xsmua mmpu nk hadap khidupan macam ni. terima kasih ats jasa cikgu. selamat bersara cikgu
Quote apam 19-11-2023 06:55 AM
Steady cikgu ni. Tak malu expose keadaan dia utk tujuan mendidik.
Quote Farnor 19-11-2023 07:01 AM
Selamat bersara cikgu..the real of hero cikgu.. Terima kasih.
Quote imanjannah 19-11-2023 07:44 AM
terima kasih cikgu
Quote nw111 19-11-2023 07:54 AM
Muka cikgu ni mcm anak Pak lah, Kamaluddin...I baru lps skodeng ig Kamal...tgk pic kawin Nazir m yati
Quote Carcosa 19-11-2023 12:31 PM
Terpanggil meols nak comment.
Kesiannya dia, smp 3 tahun. Semoga Allah membalas segala jasa2 cikgu. Kalau meols la, tiap2 hari menangis sampai depress. Tabah nya lah cikgu ni
Quote swimswim 19-11-2023 10:32 PM
Boleh jimat elaun kesusahan
Quote rbmy 20-11-2023 07:23 AM
elaun2 lain yg berkhidmat kat pendalaman bole tahan juga banyak berbaloi dengan kesusahn mereka..
smeoga semua guru2 diberikan ganjaran setimpal

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-12-2023 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072091 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top