CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Lelaki Rempuh Pagar Kedutaan Israel Di Tokyo

18-11-2023 12:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3050| Komen: 0

Description: Tokyo: Sebuah kereta merempuh pagar Kedutaan Israel di Tokyo kelmarin dan mencederakan seorang anggota polis yang bertugas di tengah-tengah kawalan keselamatan yang diperketatkan berikutan konflik Pal ...
Tokyo: Sebuah kereta merempuh pagar Kedutaan Israel di Tokyo kelmarin dan mencederakan seorang anggota polis yang bertugas di tengah-tengah kawalan keselamatan yang diperketatkan berikutan konflik Palestin-Israel, lapor akhbar The Maniachi.


Polis menahan anggota sebuah kumpulan sayap kanan, Shinobu Sekiguchi, 53, di tempat kejadian. Dia didakwa menghalang tugas penjawat awam dengan melanggar mangsa pada pukul 10.50 pagi (waktu tempatan) sekitar 60 meter dari bangunan kedutaan.


Kira-kira enam jam sebelum kejadian, Sekiguchi memuat naik hantaran di laman X dengan kapsyen: “Israel bersalah kerana menceroboh Semenanjung Gaza”.

Ketika ditahan, Sekiguchi mengaku bersalah atas tindakannya dan berasa kasihan dengan anggota polis tersebut. Anggota polis berusia dalam lingkungan 20-an itu dilaporkan mengalami kecederaan termasuk patah jari.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah keselamatan yang diperketatkan selepas beberapa kumpulan tunjuk perasaan berpiket berhampiran kedutaan Israel sebagai membantah serangan Rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu.



Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-12-2023 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.041032 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top