Oleh : TS LOO
Semalam, pesawat pejuang Rusia Su-24 ditembak jatuh oleh tentera Turki berdekatan sempadan Syria berikutan berulang kali menceroboh ruang udara negara tersebut. Menurut seorang pegawai kanan Turki, pesawat tersebut telah diberikan amaran sebanyak 10 kali dalam tempoh lima minit menceroboh ruang udara Turki.
Selain itu, tambahnya lagi, pesawat kedua turut menghampiri sempadan dan telah diberikan amaran. "Data yang kita peroleh adalah sangat jelas. Terdapat dua pesawat yang mendekati sempadan kita, kita telah memberikan amaran mereka apabila mereka terlalu hampir," Rakaman dari penyiar Turki, Haberturk TV menunjukkan pesawat pejuang itu terhempas dalam keadaan terbakar di kawasan hutan, sehingga mengakibat kepulan asap tebal. Rakaman yang berbeza daripada Agensi Anadolu di Turki menunjukkan dua juruterbang menggunakan payung terjun keluar dari pesawat sebelum ia terhempas. Berita lanjut: mstar.com.my/ |
1
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT