CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Pari Warna Merah Jambu Muncul Di Australia

25-11-2015 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9289| Komen: 23

Description: Seekor ikan pari berwarna merah jambu yang berjaya dirakamkan kamera berdekatan perairan Bundaberg, Great Barrier Reef, baru-baru ini disebut-sebut sebagai yang pertama kali direkodkan di Australia.


Oleh: TS LOO

sumber foto : google image



Seekor ikan pari berwarna merah jambu yang berjaya dirakamkan kamera berdekatan perairan Bundaberg, Great Barrier Reef, baru-baru ini disebut-sebut sebagai yang pertama kali direkodkan di Australia.

Menurut media tempatan, seorang pelatih renang bernama Ryan Jeffery dilaporkan beberapa waktu lalu sedang melatih pelajarnya berenang berhampiran Pulau Lady Elliot ketika melihat ikan pari tersebut muncul tiba-tiba.

“Ketika itu, ada juga beberapa ekor ikan pari lainnya tetapi yang ini langsung kelihatan perbezaan warna pada tubuh ikan ini,” ujar Ryan lagi kepada stesen kebangsaan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Khamis.

Seorang pakar ikan pari Australia, Dr. Kathy Townsend menjelaskan kepada ABC, keadaan warna unik pada ikan pari itu sebenarnya sudah cukup menghairankan fikiran dalam kalangan saintis marin sendiri.


“Ikan pari ini adalah daripada jenis jantan dewasa dan memang jelas dapat dilihat ia memiliki warna merah jambu di bahagian tubuh padahal sepatutnya kawasan permukaan tersebut berwana putih,” kata beliau.

Menurut Townsend, ada pelbagai kemungkinan yang boleh menerangkan fenomena aneh tersebut dan lazimnya, ikan pari bahkan ikan jerung jikalau berasa ‘stres’ kemungkinan besar akan berubah warna pada tubuhnya.

Bagaimanapun teori umum tersebut dipertikaikan oleh Ryan dan mendakwa ketika kejadian itu, ikan pari berkenaan tampak agak santai malah cukup akrab serta sanggup lagi berada dekat sahaja dengan manusia.

Setelah diterangkan sedemikian, Townsend justeru menyifatkan, kemungkinan warna merah jambu itu muncul bukan kerana ikan pari itu sedang mengalami tekanan perasaan sebagaimana dijangkakan saintis selama ini.

Malah menurut beliau, seorang rakannya pernah melihat ikan pari warna merah jambu di perairan Mozambique, di timur benua Afrika, dan diketahui bahawa ia sedang mengalami jangkitan kulit. - CARI Infonet



sumber info : www.mynewshub.cc
10

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 25-11-2015 02:46 PM
ikan pari ni stress x dapat mengawan k musim2 bah ni
Quote Artemesiaa 25-11-2015 02:53 PM
Wah pink Martha Rays unik pulak warnanya tu
Quote -electrifying- 25-11-2015 04:07 PM
Cantik tuuu...
Quote miskay 25-11-2015 05:09 PM
Subhanallah...
pari yang cantikk
Quote imransulaiman 25-11-2015 06:51 PM
Artemesiaa replied at 25-11-2015 02:53 PM
Wah pink Martha Rays unik pulak warnanya tu

Sorry tumpang tanya...Martha Rays tu apa ya? Species ikan pari ke?
Quote Kebabomb 25-11-2015 07:36 PM
imransulaiman replied at 25-11-2015 06:51 PM
Sorry tumpang tanya...Martha Rays tu apa ya? Species ikan pari ke?

Ko neh...typo ler tu...
Quote Artemesiaa 25-11-2015 09:01 PM
imransulaiman replied at 25-11-2015 06:51 PM
Sorry tumpang tanya...Martha Rays tu apa ya? Species ikan pari ke?

Yang seperti dalam gambar tu le species ikan pari Martha Rays tapi selalunya bawahnya putih bukan warna pink macam tu.

Quote bianglala 25-11-2015 09:18 PM
jangkitan kulit... mungkin jugak   
Quote manjalara_01 25-11-2015 09:57 PM
bianglala: jangkitan kulit... mungkin jugak


alahai..siannye...
binatang kalau sakit..nk mintak tlg kat sape?.....cry2...
Quote skyreds 26-11-2015 01:05 AM
pari stress eh
Quote putput 26-11-2015 10:29 AM
penyakit kulit....kalau anjing digelar...anjing kurap
Quote elmen 26-11-2015 10:29 AM
kepunyaan kak mah la ni..
Quote imransulaiman 26-11-2015 01:07 PM
Kebabomb replied at 25-11-2015 07:36 PM
Ko neh...typo ler tu...

Huhuhu macam bukan typo lah...dia ada reply.
Saya try Google...tapi tak jumpa pun
Quote Kebabomb 26-11-2015 02:04 PM
imransulaiman replied at 26-11-2015 01:07 PM
Huhuhu macam bukan typo lah...dia ada reply.
Saya try Google...tapi tak jumpa pun

Martha Ray memang ler Tak de..cuba Google manta ray
Quote moocoww 27-11-2015 01:13 AM
Jangkitan kulit rupanya...
Quote ashraf5587 27-11-2015 03:13 PM
Teringat spongebob
Quote ijan_jenin 30-3-2016 09:05 AM
ikan pari balau...
Quote siape_aku 30-3-2016 10:56 AM

harus la stress sebab period...tapi ikan ni jantan....tak dapat mengawan kot...
Quote monyet_2015 30-3-2016 10:58 AM
Sebenarnya makhluk makhluk pelik yang di baru di temui di serata dunia adalah sebahgian dari hasil ujikaji sains..
makhluk ini sengaja di cipta oleh saintis dengan teknologi dna.
contoh seperti duyung... ikan duyung di cipta oleh saintis dengan menggabungkan dna manusia dengan ikan.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-2-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064377 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top