Oleh : TS LOO
Nola, badak putih utara berusia 41 tahun mati di Zoo San Diego, Taman Safari Ahad lalu. Menurut satu kenyataan di laman web zoo berkenaan, akibat kematian Nola, kini hanya tinggal tiga ekor spesies terancam ini yang masih hidup di seluruh dunia. Difahamkan ianya telah diletakkan di bawah pengawasan berterusan veterinar minggu lalu apabila hilang selera dan menunjukkan kemerosotan dalam melakukan aktiviti.
Nola yang telah tinggal di taman Zoo California sejak tahun 1989, sebelum ini dikatakan pernah menerima rawatan untuk jangkitan bakteria. "Selepas keadaannya ketara semakin teruk, penjaga memilih untuk malakukan eutanasia terhadapnya." "Nola adalah haiwan ikonik, bukan sahaja di San Diego Zoo Taman Safari, tetapi di seluruh dunia." Tiga ekor baki badak putih utara yang masih hidup berada di Ol Pejeta Conservancy di Kenya, menurut kenyataan zoo di laman Facebook sebagai tindak balas kepada komen daripada peminat Nola. Sumber berita : abc.net.au
|
10
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT