Goh Jin Wei menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying 21-15, 21-16 dalam aksi perseorangan wanita kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru semalam. Ia adalah kali pertama Malaysia memenangi gelaran juara perseorangan wanita pada kejohanan remaja dunia itu. "Dia mempamerkan corak serangan dan beraksi dengan baik sejak awal permainan. Kami amat berbangga dengannya. Dia adalah pemain yang mempunyai masa depan cerah," kata jurulatih kebangsaan, Rony Agustinus. Kemenangan pemain berusia 15 tahun itu sekali gus menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk menjuarai kejohanan tersebut.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan tahniah atas kejayaan Jin Wen dan Ying Ying menerusi laman twitter rasminya. sumber berita : http://www.mstar.com.my/
|
haruslah replied at 17-11-2015 12:37 PM
player china x join rounament ni kan?
axl_bach replied at 17-11-2015 01:10 PM
X join ker?? tp x pelik pun level junior kita menyerlah.....
ADVERTISEMENT